PKR pinda Perlembagaan babit pengundian 6 jawatan tertinggi

PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Pindaan itu dibuat melalui Kongres Khas PKR dihadiri Perdana Menteri merangkap Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, berkata, kongres khas itu menyaksikan lebih dua pertiga perwakilan bersetuju dan meluluskan semua pindaan Perlembagaan parti yang diusul.

“PKR mengadakan Kongres Khas di Shah Alam, Selangor bagi membincangkan pindaan kepada Perlembagaan parti berkait proses pemilihan parti, yang meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan jawatan tertinggi parti serta 20 anggota MPP di Kongres Nasional.

“Pindaan perlembagaan ini turut melibatkan prinsip penetapan kuota gender dan etnik,” katanya melalui kenyataan.

Fuziah berkata, tarikh baharu bagi Kongres Nasional 2024 dan 2025 akan diumum dalam masa terdekat setelah MPP membuat keputusan dalam mesyuarat.

Related Posts

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali. Beliau yang juga Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan