JomStay Johor platform pelancongan pintar pertama di Malaysia

JOHOR BAHRU – Tahun Melawat Johor 2026 dijangka lebih meriah dan efisyen melalui kewujudan platform pelancongan pintar, JomStay Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri, Raven Kumar Krishnasamy berkata, aplikasi mudah yang dibangunkan secara bersama oleh Tourism Johor dan Jomstay Digital Technology (M) Sdn Bhd itu kini telah berjaya menarik sehingga 120,000 pelawat.

“Platform penyelesaian pelancongan pintar ini direka untuk meningkatkan pengalaman perjalanan pelancong dengan tawaran lebih 1,200 produk dan destinasi.

“Selain itu, ia turut mengandungi kempen ‘Johor Safe Travel’ iaitu pembelian insurans bagi memastikan keselamatan pelancong melalu platform sama” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan platform Jomstay Johor dan Kempen ‘Johor Safe Travel’ di Mall of Medini, di sini, hari ini.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri terus optimis menyediakan pelbagai akses bagi memastikan pelancong menikmati pengalaman menarik sepanjang berada di negeri ini.

“Platform pintar ini telah menyenaraikan destinasi dan produk pelancongan di semua daerah di negeri ini disamping kalender acara-acara pelancongan, kebudayaan dan warisan tempat makan dan pelbagai segmentasi pelancongan secara digital.

“Melalui Jomstay Johor juga diharap dapat membantu kerajaan negeri mempromosi Tahun Melawat Johor 2026 samada di Malaysia mahu pun di luar negara.

“Pada masa sama, pengumuman dalam Belanjawan Johor 2025 yang memutuskan untuk mengekalkan duti hiburan bagi taman tema pada kadar lima peratus secara kekal mulai 1 Januari ini diyakini bakal menarik lebih ramai pelancong ke Johor,” katanya.

Related Posts

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

KUANTAN – SA Mart Mahkota Square dekat sini, menjadi cawangan pertama SA Mart yang dibuka di negeri Pahang, sekali gus berperanan sebagai platform menghimpunkan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan segera

SIBU – Isu status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi membolehkan sebarang perancangan pembangunan dan kerja membaik pulih dilaksanakan pada masa hadapan. Timbalan Menteri Kemajuan Desa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan segera

Status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan segera

Reaksi bercampur di Terengganu susulan keputusan tamat kerjasama Bersatu-Pas

Reaksi bercampur di Terengganu susulan keputusan tamat kerjasama Bersatu-Pas

Letupan luar jangka tutup Jalan Kota Bharu-Gua Musang, laluan dibuka semula hari ini

Letupan luar jangka tutup Jalan Kota Bharu-Gua Musang, laluan dibuka semula hari ini

Polis buru suspek bantu siasatan kes tetak di Sundar

Polis buru suspek bantu siasatan kes tetak di Sundar

Struktur haram di Sungai Makau dibina tanpa kelulusan MPKj

Struktur haram di Sungai Makau dibina tanpa kelulusan MPKj