PDRM sokong penuh langkah MCMC perkasa keselamatan maklumat, rangkaian

PUTRAJAYA – Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerbitkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG) merupakan tindakan holistik dalam meningkatkan keselamatan maklumat dan rangkaian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong penuh langkah berkenaan yang dilihat mempunyai kemampuan dalam memperkasa daya tahan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Menurutnya, dalam era digital yang semakin berkembang, ancaman siber menjadi salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh negara.

“Sistem komunikasi dan rangkaian yang canggih memerlukan perlindungan yang lebih ketat bagi memastikan keselamatan maklumat bukan sahaja untuk kepentingan individu tetapi juga untuk menjaga kestabilan negara secara keseluruhan.

“Sehubungan itu, garis panduan yang diperkenalkan oleh MCMC ini adalah satu langkah yang amat penting dan wajar dipuji,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut. Ramli mengakui kerjasama pihak polis bersama pihak berkuasa, khususnya MCMC adalah kunci dalam mengurangkan risiko ancaman siber dan memelihara keselamatan maklumat yang berkaitan dengan sektor kerajaan, sektor swasta serta komuniti rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Langkah-langkah yang diterapkan melalui garis panduan ini juga diyakini akan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan melindungi data dan privasi seterusnya mengurangkan kebimbangan terhadap pelbagai bentuk jenayah siber yang semakin meningkat,” katanya.

“PDRM akan terus memberi sokongan dan bekerjasama rapat dengan MCMC dalam usaha-usaha untuk memperkukuhkan keselamatan maklumat dan rangkaian negara.

“Selain itu, inisiatif dan latihan yang berterusan akan terus dilaksanakan oleh PDRM untuk memastikan setiap pegawai dan anggota sentiasa bersedia dalam menghadapi ancaman siber yang semakin kompleks,” katanya.

Terdahulu, MCMC memperkenalkan INSG bagi meningkatkan keselamatan maklumat dan rangkaian serta daya tahan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

MCMC menerusi kenyataan menegaskan, INSG berfungsi sebagai satu kerangka amalan terbaik dan tidak mandatori buat ketika ini.

Agensi kerajaan itu berkata, INSG bukan bertujuan untuk menambah peraturan baharu, sebaliknya ia bertujuan meningkatkan keupayaan dan ketersediaan Penyedia Perkhidmatan untuk mengurus risiko siber, mengurangkan kebocoran data, meminimumkan gangguan melalui pengukuhan infrastruktur serta melindungi pengguna-pengguna daripada ancaman dalam talian.

Related Posts

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

PEMUDA DAP (DAPSY) mempersoal kegagalan Pas menoktahkan isu perjudian ketika ia menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun perkara berkenaan sekian lama menjadi antara perjuangan parti itu. Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan penghargaan terhadap prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan dalam menguruskan portfolio hal ehwal Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab