Op Payung akan terus diaktifkan, pastikan pelajar duduki SPM

ALOR SETAR – Keputusan Kementerian Pendidikan untuk tidak menangguhkan jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) muktamad berdasarkan kesiapsiagaan semua pihak terlibat dalam menghadapi bencana banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut ini sehingga Mac tahun depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, di peringkat Kementerian Pendidikan, Op Payung akan terus diaktifkan bagi menangani semua isu yang terkait dengan persekolahan, peperiksaan dan juga isu terkait dengan bencana banjir tersebut

“Nauzubillah, kita berdoa supaya tidak berlakulah perkara perkara yang tidak diingini. Tetapi macam mana saya sebut dan ulang sebut… ulang tegaskan bahawa Op Payung diaktifkan.

“Jadi, ini bermakna persiapan kita ini bukan sahaja persiapan soal keselamatan, kebajikan tetapi secara keseluruhan termasuk peperiksaan SPM itu. Jadi kita sudah maknanya bersedia melaksanakannya daripada hari pertama peperiksaan tempoh hari.

“Ujian itu akan terus kita pastikan dan pantau dengan ketat untuk memastikan semua anak kita dapat menghadapi peperiksaan dengan selamat dan juga Op Payung ini bersedia setiap masa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong di sini hari ini yang terjejas akibat bencana banjir pada bulan lepas.

Calon SPM di seluruh negara akan menghadapi Ujian Amali Sains bermula esok sehingga 12 Disember ini sebelum ujian bertulis pada Januari depan.

Related Posts

Perlu dibaca

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat

Fahmi sangkal PRU16 hujung tahun ini

Fahmi sangkal PRU16 hujung tahun ini

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan