Fahmi buktikan Kerajaan Madani tak pernah abai OKU

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani terbukti tidak pernah meminggirkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sebaliknya menyediakan pelbagai peluang dan insentif untuk membantu golongan tersebut di Malaysia.

Mohd Khir Sidek, 52, yang merupakan seorang OKU penglihatan berkata, tindakan yang dilakukan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam menyatuni keluarganya menunjukkan pemimpin kerajaan persekutuan turut mengutamakan golongan OKU.

“YB (Yang Berhormat) Fahmi memang seorang wakil rakyat yang sentiasa turun padang. Ini bukan kali pertama golongan seperti saya ini menerima bantuan daripadanya. Malah, setiap kali Ramadan beliau sendiri akan bertemu dengan kami.

“Apa yang dilakukan oleh YB Fahmi membuktikan Kerajaan Madani tidak pernah menindas golongan OKU dan sentiasa membantu kami dalam meringankan kehidupan kami,” katanya kepada The Malaysia Press ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka Pantai Dalam, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Khir berterima kasih kepada pejabat Parlimen Lembah Pantai yang sentiasa membantu keluarganya dan golongan OKU di kawasan tersebut.

“Kami berterima kasih kepada YB Fahmi yang telah memberi sentiasa meluangkan masa beramah mesra selain memberi bantuan yang sedikit sebanyak membantu kehidupan kami,” katanya.

Terdahulu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyantuni Mohd Khir dan isterinya, Rosnita Lah, 44, di unit kediaman mereka.

Dalam sesi pertemuan itu, beliau sempat beramah mesra kira-kira setengah jam bersama-sama pasangan itu, yang masing-masing bekerja sebagai juru urut di sebuah premis di Ibu Negara.

Pasangan itu menerima bantuan mengecat semula rumah menerusi Program Ziarah Peduli Ummah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) dengan kerjasama Parlimen Lembah Pantai.

Fahmi seterusnya menyantuni penduduk sekitar dan kanak-kanak OKU Autism bersempena Program Kenduri Rakyat dan Jelajah Peduli Ummah di IWK Eco Park.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman