Tiga sahabat jalan kaki, lengkapkan misi perjalanan jarak 340km

SANDAKAN – Tiga sahabat akhirnya berjaya melengkapkan misi berjalan kaki kira-kira 340 kilometer (km) yang mengambil masa 15 hari dari Kota Kinabalu ke Sandakan sebagai tanda memperingati dan merasai ‘Sandakan-Ranau Death March’ Perang Dunia II.

Ketiga-tiga sahabat berkenaan adalah Ruslie Jokulon atau lebih mesra disapa sebagai ‘Coach Lie’, 56, Mhd Al Nizam Nazri, 33, kedua-duanya menetap di Sandakan dan Suhaimie Suman, 62, berasal dari Telupid.

Bermula pada 20 November lalu, ketiga-tiga mereka akhirnya tiba di mercu tanda ‘I Love Sandakan’ kira-kira pukul 5.30 petang pada Rabu.

Menurut Coach Lie, misi berjalan kaki itu telah lama dirancang sejak empat tahun lalu bagaimanapun tidak dapat diteruskan disebabkan pamdemik Covid-19.

“Alhamdulillah selepas Covid, kami aktif semula dan dapat bersama sahabat saya menunaikan misi itu sebab misi kita adalah untuk merasai ‘death march’ itu sendiri dan rasai jerih perih nenek moyang kita.

“Sepanjang menjalankan misi memang kami ramai ‘support team’ terutama pengurus dan dua pegawai perubatan swasta yang memantau kesihatan kami untuk terus berada dalam keadaan baik agar kami dapat meneruskan perjalanan,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press di sini pada Khamis.

Mengenai cabaran sepanjang misi itu, Coach Lie berkata, selain panas terik dan hujan lebat, cabaran bermula di Tamparuli kerana 90 peratus daripada laluan adalah berbukit-bukau.

“Cabaran lain juga adalah melalui jalan Pan Borneo dari Telupid ke Batu 32 Sandakan kerana pada ketika itu suhu 37 darjah celsius tetapi rasa seperti 50 darjah celsius dan kami terpaksa banyak minum air.

“Kami dapati sepanjang perjalanan tiada lorong pejalan kaki sehingga kami terpaksa berjalan di garisan putih jadi ini pun amat berbahaya kerana terdapat kenderaan besar,” katanya.

Dalam pada itu, Coach Lie menzahirkan penghargaan kepada masyarakat Sabah, ‘Team Hikers’ dan yang memberi sokongan penuh dan berkongsi rezeki kepada mereka sepanjang perjalanan sehingga ke Sandakan.

Ditanya berkenaan perancangan untuk misi seterusnya, Coach Lie berkata mereka kini sedang merancang untuk melakukan perjalanan dari Tawau melalui Kalabakan untuk ke Kota Kinabalu.

“Sekiranya diberi kesihatan baik, kami akan melakukan perjalanan itu pada tahun depan bukan lagi bertiga, mungkin ada tambahan sebab kami menerima permohonan menyertai kami.

“Namun kami harap mereka akan lebih bersedia terutama dari fizikal dan mental supaya aktiviti ini tidak memudaratkan mereka kerana kita melakukan ini juga adalah untuk sihat.

“Ramai anak muda yang terinspirasi dan kita juga berharap agar anak muda hari ini supaya mengamalkan cara hidup sihat, berani untuk melakukan sesuatu tetapi nasihat saya, jika melakukan aktiviti ini perlu kuat mental fizikal,” tambahnya.

Related Posts

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

TAWAU – Wanita diseru supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara dengan menjalani pemeriksaan bersesuaian serta mendapatkan nasihat profesional sekiranya mengesan sebarang perubahan yang membimbangkan. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak