Program, inisiatif subsidi kerajaan terbukti berkesan tangani sara hidup rakyat – Armizan

PROGRAM dan inisiatif subsidi kerajaan dilihat terbukti berkesan dalam membantu menangani beban sara hidup rakyat.

Demikian dinyatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodi berhubung keberkesanan program subsidi kerajaan.

Beliau berkata, perkara ini dapat dibuktikan menerusi dua kajian yang boleh dijadikan asas iaitu laporan Khazanah Research Institute (KRI) tentang pelaksanaan bantuan tunai dan Kajian Impak Program Payung Rahmah di bawah KPDN yang telah dilaksanakan oleh Ilham Centre.

“Antara dapatan laporan KRI, ia menunjukkan peningkatan dalam jumlah perbelanjaan keseluruhan dan jumlah perbelanjaan makanan selain bantuan tunai juga mampu memberikan jaminan sumber pendapatan yang konsisten.

“Manakala dapatan menerusi kajian Program Payung Rahmah pula, 81 peratus responden berpuas hati dengan pelaksanaan program itu serta 83 peratus responden berpandangan inisiatif KPDN itu merupakan langkah yang tepat untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat,” katanya.

Mengenai mekanisme dalam memastikan subsidi berkenaan sampai kepada golongan sasar, Armizan berkata, KPDN melaksana empat strategi bagi usaha tersebut.

“Pertama, mengguna pakai mekanisme bantuan tunai secara langsung kepada golongan sasar yang berkelayakan dan memerlukan untuk membendung isu ketirisan.

“Selain itu, penggunaan teknologi untuk memastikan sistem penyampaian yang efisien dan segera seperti penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikreditkan terus ke akaun penerima dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menggunakan MyKad,” katanya.

Jelas Armizan, pihaknya turut melaksanakan dasar dan program penyasaran subsidi untuk memastikan program subsidi benar-benar sampai dan dimanfaatkan oleh golongan sasar selain memperkasa aspek penguatkuasaan untuk membendung isu ketirisan, penyelewengan dan penyeludupan.

Related Posts

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

KUCHING – Seramai 26,000 pemilik kenderaan komersial di Sarawak telah mendaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat ini bagi memastikan kelancaran pengurusan bekalan bahan api tersebut. Pengarah Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

Kaji semula kuota diesel BUDI MADANI berdasarkan geografi Sarawak

Kaji semula kuota diesel BUDI MADANI berdasarkan geografi Sarawak

Lima warden Penjara Taiping mengaku tidak bersalah cederakan banduan

Lima warden Penjara Taiping mengaku tidak bersalah cederakan banduan

RM150,000 naik taraf jeti nelayan Kurung Tengar

RM150,000 naik taraf jeti nelayan Kurung Tengar

MPKL serah enam gerai pusat penyembelihan ayam baharu di Pasar Awam Banting

MPKL serah enam gerai pusat penyembelihan ayam baharu di Pasar Awam Banting