Program, inisiatif subsidi kerajaan terbukti berkesan tangani sara hidup rakyat – Armizan

PROGRAM dan inisiatif subsidi kerajaan dilihat terbukti berkesan dalam membantu menangani beban sara hidup rakyat.

Demikian dinyatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodi berhubung keberkesanan program subsidi kerajaan.

Beliau berkata, perkara ini dapat dibuktikan menerusi dua kajian yang boleh dijadikan asas iaitu laporan Khazanah Research Institute (KRI) tentang pelaksanaan bantuan tunai dan Kajian Impak Program Payung Rahmah di bawah KPDN yang telah dilaksanakan oleh Ilham Centre.

“Antara dapatan laporan KRI, ia menunjukkan peningkatan dalam jumlah perbelanjaan keseluruhan dan jumlah perbelanjaan makanan selain bantuan tunai juga mampu memberikan jaminan sumber pendapatan yang konsisten.

“Manakala dapatan menerusi kajian Program Payung Rahmah pula, 81 peratus responden berpuas hati dengan pelaksanaan program itu serta 83 peratus responden berpandangan inisiatif KPDN itu merupakan langkah yang tepat untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat,” katanya.

Mengenai mekanisme dalam memastikan subsidi berkenaan sampai kepada golongan sasar, Armizan berkata, KPDN melaksana empat strategi bagi usaha tersebut.

“Pertama, mengguna pakai mekanisme bantuan tunai secara langsung kepada golongan sasar yang berkelayakan dan memerlukan untuk membendung isu ketirisan.

“Selain itu, penggunaan teknologi untuk memastikan sistem penyampaian yang efisien dan segera seperti penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikreditkan terus ke akaun penerima dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menggunakan MyKad,” katanya.

Jelas Armizan, pihaknya turut melaksanakan dasar dan program penyasaran subsidi untuk memastikan program subsidi benar-benar sampai dan dimanfaatkan oleh golongan sasar selain memperkasa aspek penguatkuasaan untuk membendung isu ketirisan, penyelewengan dan penyeludupan.

Related Posts

‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

SLOGAN penyatuan ummah yang sering dilaungkan dalam politik Melayu bukan benar-benar untuk membela rakyat Melayu biasa, sebaliknya lebih berkisar kepada percaturan elit politik bagi merebut kuasa. Bekas Peguam Kanan Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Johor miliki kemampuan jadi ‘Shenzhen Asia Tenggara’

Johor miliki kemampuan jadi ‘Shenzhen Asia Tenggara’

Manifesto PH bukan syok sendiri, lahir dari suara rakyat

Manifesto PH bukan syok sendiri, lahir dari suara rakyat

‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

Ada keperluan BN masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor

Ada keperluan BN masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor

Manifesto PH: Agenda Johor-Singapura kurangkan 50 peratus masa menunggu di sempadan

Manifesto PH: Agenda Johor-Singapura kurangkan 50 peratus masa menunggu di sempadan

PH lancar manifesto PRN Johor dengan 10 tawaran ‘Johor Untuk Semua’

PH lancar manifesto PRN Johor dengan 10 tawaran ‘Johor Untuk Semua’