Tiada keperluan isytihar darurat – Anwar

SETIU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negeri-negeri yang terjejas banjir berikutan pengurusan banjir telah ditangani dengan baik oleh agensi yang terlibat.

Anwar menjelaskan ini kerana setakat ini keseluruhan jentera pasukan keselamatan serta kerajaan mampu menangani bencana yang berlaku itu dengan baik.

“Sekarang ini dari segi pasukan keselamatan dan Majlis Keselamatan Negara, kita tidak memikirkan keperluan itu.

“Ini kerana seluruh jentera pasukan keselamatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan seluruh jentera kerajaan Persekutuan, negeri dan daerah dilihat dapat menangani masalah ini dengan baik.

“Jadi tidak ada keperluan sama sekali untuk diisytihar darurat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Telaga Papan pada Ahad.

Dalam pada itu, Anwar turut melakukan lawatan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Mangkok untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di sana.

Setakat pukul 2.30 petang, sebanyak 690 PPS dibuka di 10 negeri terjejas banjir, melibatkan 44,592 keluarga dan 148,806 orang mangsa, yang mana Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi 95,649 mangsa yang terjejas daripada sembilan daerah masih berada 278 PPS.

Selain itu, di Terengganu pula, jumlah mangsa telah berkurang kepada 39,792 berbanding 43,281 orang dilaporkan pagi tadi, melibatkan 10,962 keluarga yang berlindung di 294 PPS di kesemua lapan daerah terjejas di negeri berkenaan.

Keadaan banjir di beberapa negeri turut bertambah buruk dengan Pahang menjadi negeri terbaharu yang ditimpa musibah itu dengan pembukaan 25 PPS melibatkan 1,113 mangsa daripada 373 keluarga.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok