Raub dilanda banjir kali kedua

KUANTAN – Daerah Raub kembali dilanda banjir apabila 473 mangsa di daerah itu dipindahkan ke 15 pusat pemindahan sementara (PPS) lewat malam tadi.

Menerusi portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 8.15 pagi, jumlah itu membabitkan 149 keluarga dari tiga mukim di daerah berkenaan m

“Antara PPS yang dibuka Masjid Kampung Pintu Padang; Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang; Balai Raya Kampung Ulu Jelu; Dewan Lechar; Balai Raya Kampung Bukit Pampong dan Balai Raya Kampung Peruas.

“Turut dibuka di Balai Raya Kampung Pamah Rawas, Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali, Balai Raya Kampung Pamah Kulat dan Balai Raya Kampung Kuala Keloi,” ujar portal itu.

Pecahan mangsa membabitkan 187 lelaki dan 186 wanita dewasa; 47 kanak-kanak lelaki dan 35 kanak-kanak perempuan; 12 bayi lelaki dan 6 bayi perempuan.

Raub menjadi daerah pertama di Pahang yang terjejas banjir susulan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh pada 10 November lalu.

Sehingga jam 6 pagi tadi, beberapa sungai di Raub merekodkan paras bahaya.

Antaranya Sungai Dong di Pasir Bayam mencatatkan 120.09 meter(m) dan Sungai Gali di Ulu Gali (123.60m).

Related Posts

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

KUANTAN – Pahang memperkukuh rantaian industri perikanan negeri dengan memberi tumpuan kepada teknologi pemprosesan, penyimpanan dan pembangunan produk hiliran berasaskan hasil laut. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar