Kerajaan kekal pertahan kepentingan orang Melayu

DATUK Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya sikap dan dasar kerajaan yang inklusif serta bertoleransi boleh menjejaskan kepentingan orang Melayu.

Perdana Menteri berkata, kebimbangan itu adalah tidak berasas dan tidak perlu ditimbulkan oleh mana-mana pihak.

“Kerajaan dan saya melalui rakan gabungan yang hebat sudah menyatakan dengan jelas bahawa Perlembagaan menjamin bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tidak akan dikompromi.

“Malah bawah pentadbiran kerajaan ini, ketika mengambil alih projek Bandar Malaysia daripada entiti asing, kami telah menyatakan dengan jelas bahawa terdapat bahagian minimum iaitu tanah seluas 50 ekar akan dipelihara sebagai rizab Melayu, yang merupakan kali pertama sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Perkara ini meyakinkan saya bahawa bukan hanya orang Melayu tetapi juga bukan Melayu, termasuk Kabinet saya, memahami bahawa pendirian dan dasar kerajaan ini sangat jelas, iaitu kita berada di sini untuk bersikap adil serta menganggap setiap rakyat Malaysia sebagai anggota dalam satu keluarga yang hebat,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCOBA) 2024, di ibu negara malam tadi.

Anwar dalam masa yang sama menjelaskan walaupun kerajaan menyokong tindakan afirmatif, ia tidak percayakan amalan diskriminasi.

Beliau mengaku bahawa pelaksanaan dasar tindakan afirmatif sebelum ini seperti dasar Bumiputera telah dicemari oleh nepotisme, dan berkata ia telah disalah guna untuk mengayakan keluarga serta pemimpin parti dengan mengorbankan masyarakat Melayu secara keseluruhan.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan