Nama UPM tak jadi tukar, Mohamad Sabu akur titah Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tidak mahu membangkitkan cadangannya sebelum ini untuk menukar semula nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada Universiti Pertanian Malaysia.

Beliau akur dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor universiti berkenaan supaya nama universiti itu dikekalkan.

“Saya mengambil maklum bahawa keputusan dibuat baginda Sultan Selangor dan Canselor UPM adalah muktamad.

“Saya tidak mahu panjangkan isu ini apa-apa lagi. Saya akur dan itu adalah keputusan yang baik,” katanya seperti dilaporkan portal berita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah tidak berkenan dengan cadangan menukar nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia.

Tegas baginda, cadangan itu tidak dirujuk kepadanya selaku Canselor dan juga kepada Lembaga Pentadbir universiti terlebih dahulu.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan