Jika saya salah, buatlah seperti Fahmi – Hassan Karim

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil dipuji oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berikutan usaha pantasnya memperbetulkan kenyataan mengenai isu pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Beliau berkata, Fahmi yang ketika itu berada di Turkiye dalam satu acara masih berkesempatan menyelesaikan isu tersebut selepas mendengar komen beliau mengenainya.

“Dia (Fahmi) merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan saya. Jadi dia telefon saya (malam selepas sidang Dewan Rakyat tamat).

“Saya sangat menghargai apa yang dia lakukan. Dia berusaha untuk menghubungi saya walaupun dia berada di luar negara.

“Dia menelefon saya berkata, ‘Pak Hassan, ini sebenar yang berlaku,” katanya semasa episod podcast yang dihoskan oleh aktivis Iswardy Mordi.

Bagaimanapun, kenyataan Ahli Parlimen PKR itu mengenai keputusan MCMC memilih U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua menyebabkan beliau dipanggil oleh Lembaga Disiplin PKR.

Menurut sumber, beliau didakwa atas tuduhan memburuk-burukkan imej PKR.

Sumber tersebut berkata, Hassan turut didakwq menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Petang tadi, Fahmi yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR menjelaskan bahawa majlis pimpinan parti bersepakat tidak akan mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap Hassan.

Keputusan parti itu diambil selepas mesyuarat hari ini membincangkan mengenai tindakan tatatertib terhadap Hassan.

Terdahulu, Hassan dalam satu catatan di media sosial mendakwa kerajaan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pentadbiran terdahulu, terutamanya semasa pertama kali Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Dalam episod podcast, Hassan berkata adalah penting untuk memaklumkannya secara langsung jika dia telah mengatakan sesuatu yang salah.

Beliau juga turut membandingkan respons pantas Fahmi dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, yang lambat memberikan respons terhadap pertanyaannya mengenai kekurangan beras putih tempatan di pasaran.

Pada sidang Dewan Rakyat pada 18 Nov, Hassan meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan sama ada beras import yang ada diperoleh sepenuhnya dari luar negara atau jika ada yang dicampur dengan beras keluaran tempatan.

Mohamad menjawab pada 24 Nov, menyatakan bahawa satu jawatankuasa khas sedang dibentuk untuk menangani kekurangan beras putih keluaran tempatan yang berterusan.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis