Fahmi bakal kerah Komuniti Madani bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR – Komuniti Madani yang berada di negeri-negeri yang tidak terjejas dengan musibah banjir, akan dikerah untuk membantu mangsa-mangsa di banjir di negeri yang terkesan, menurut Menteri Komunikasi.

Fahmi Fadzil berkata, 23 Komuniti Madani dilaporkan terjejas di Terengganu, manakala status di negeri-negeri lain sedang dikenal pasti Jabatan Penerangan (Japen).

“Insya-Allah saya akan bincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan juga Japen untuk mengerahkan pasukan Komuniti Madani dari negeri-negeri yang tidak terkesan ataupun negeri-negeri yang berjiran untuk membantu dalam usaha pembersihan selepas air surut nanti.

“Untuk isu telekomunikasi itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sudah mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah liputan di kawasan terjejas termasuk menyelaras kerja-kerja baik pulih infrastruktur komunikasi agar penduduk dapat terus berhubung semasa bencana,” katanya katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Komunikasi di Pantai Dalam, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, katanya sebanyak 124 stesen pemancar komunikasi terjejas, bersama 47 Pusat Sebaran Maklumat Nasional didapati tidak dapat beroperasi akibat kerosakan fasiliti berpunca daripada situasi banjir di beberapa negeri ketika ini.

Setakat hari ini, keadaan banjir di tujuh negeri dilaporkan semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini mencecah lebih 120,000 orang berbanding 106,505 orang malam tadi.

Dalam pada itu, Tabung Bantuan Bencana Banjir Kementerian Komunikasi telah diaktifkan bagi memberikan bantuan segera kepada warga kementerian yang terjejas akibat bencana banjir.

Fahmi berkata, pengaktifan tabung yang telah ditubuhkan sejak 2022 itu adalah bagi meringankan beban 54 warga kementerian yang telah dikenal pasti terkesan akibat bencana berkenaan.

Jelasnya, mangsa yang terlibat terdiri daripada tiga kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), 26 warga Japen, dua daripada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), 20 petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM), dua mangsa MCMC dan satu kakitangan kementerian.

“Saya dapati ada sekurang-kurangnya 13 pengamal media terjejas akibat banjir. Untuk itu saya telah minta Bernama untuk terus pantau dan beri sumbangan kepada semua mangsa menerusi Tabung Kasih Hawana (Hari Wartawan Nasional),” jelasnya.

Related Posts

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa. Komitmen tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh institusi pencegahan rasuah, khususnya dalam keadaan semasa yang menuntut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎