Banjir: Bercakaplah dengan akal budi!

BERTERBANGAN di ruang atmosfera media sosial, kisah banjir yang melanda beberapa negeri di negara kita.

Negeri mana pun yang diuji oleh Allah SWT dengan landaan fenomena alam itu, kita wajib melihatnya dengan simpati.

Itu tanggungjawab sosial kita kepada saudara kita kalaupun tidak sebangsa dan seagama, mereka itu ‘saudara senegara’ kita.

Yang tidak terkena ujian itu, bantulah dengan cara mengikut kemampuan – paling ‘kecil’ pun, bantuan melalui keikhlasan berdoa (sebenarnya itu bantuan yang sangat terpuji).

Jangan ada sebarang komentar menyakitkan hati, apatah lagi yang berbau kebencian atas apa-apa isu pun.

Kita perlu ingat, hari ini kita berkomentar buruk dan ‘senang melihat orang lain menderita’, kita belum pasti nasib kita pada masa hadapan.

Jangan ada kes berlaku dalam konteks malapetaka melanda Kuala Lumpur dahulu, Menteri Wilayah dikatakan punca bala yang membabit kematian seorang warganegara India.

Yang celopar itu seorang pemimpin pertengahan sebuah parti politik.

Dia bercakap dengan penuh kebencian; menghasut audiens di hadapannya; menjatuhkan ‘hukuman mandatori’ ke atas Menteri Wilayah tersebut.

Seolah-olahnya dia lupa bahawa itu suatu kesalahan moral, bertentangan ajaran agama, dan tidak bagus dari segi pembinaan contoh teladan.

Itu suatu imbauan dan hal itu ada kaitannya dengan sikap sesetengah netizen sehari dua ini.

Bukan sedikit netizen sebuah negeri cuba membina wilayah kebencian dengan mengatakan ‘orang luar’ mengutuk negeri mereka dan tidak menghulurkan bantuan.

Entah kerana mahu mendapat banyak ‘like’ (sukaan), diterbitkan video atau hantaran sedemikian dengan mengajak orang senegeri bersikap tertutup, berpuak-puak, dan menganggap ‘orang luar’ membenci mereka dan kerajaan negeri berkenaan.

Hasilnya, ‘sukaan’ yang diterima video atau hantarannya itu sangat banyak, disusuli komentar balas yang memanaskan keadaan.

Malang sungguh itu berlaku pada saat Allah SWT menguji negara ini khususnya negeri berkenaan.

Yang sebetulnya, pada saat golongan itu melakarkan wilayah kebencian, banyak bantuan masuk ke negeri berkenaan.

Yang masuk itu pula pelbagai – grup sukarelawan ‘tak bernama’, kerajaan negeri lain, dan Kerajaan Persekutuan.

Mereka berbuat demikian atas tanggungjawab sosial; bersifat melaksanakan fardu kifayah demi menyuburkan nilai kemanusiaan.

Kalau mahu diikutkan hati, terguris juga perasaan apabila membaca hantaran dan menonton video yang menyebarkan kebencian seperti itu.

Oleh sebab itu, berhentilah berbuat demikian. Tidak baik begitu.

Belajarlah menjadi manusia yang besar jiwa.

Halau jauh-jauh perangai tidak elok itu demi kesejahteraan kita satu negara.

Ingat, sudah sampai masanya kita menjadi hamba Allah yang tinggi akal budi.

Maaf, kerana menegur!

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng