Kerajaan guna kaedah ‘win-win situation’ perkenalkan GLC, swasta di pentas global

KERAJAAN Malaysia menggunakan pendekatan ‘win-win situation’ bagi memperkenalkan syarikat-syarikat tempatan ketika lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 11 hari.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berpendapat dalam masa yang sama pihak kerajaan tidak perlu keluarkan kos besar untuk membawa syarikat ini ke pentas dunia.

Menurut Lokman, penglibatan pihak ini sekaligus mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan ia merupakan pendekatan baharu di Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengekang pembaziran serta ketidakcekapan pengurusan kewangan semasa lawatan rasmi kerajaan di luar negara.

“Bagi merealisasikan perkara ini, pihak kerajaan dan dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah membuka pelawaan kepada syarikat-syarikat seperti Petronas, Sapura Energy, Yinson, Proton dan beberapa syarikat semikonduktor yang berminat untuk kembangkan perniagaan mereka dan menyertai lawatan ini dengan kos perbelanjaan ditanggung oleh pihak mereka sendiri.

“Ini bermaksud, Kerajaan Malaysia telah menggunakan pendekatan “win-win situation” di mana membantu mempromosi atau memperkenalkan syarikat-syarikat tempatan dan dalam masa yang sama pihak kerajaan tidak perlu keluarkan kos besar untuk membawa syarikat ini ke pentas dunia.

“Mengenai isu pihak swasta menaja kos lawatan rasmi Perdana Menteri sepanjang lawatan 11 hari tersebut, ia adalah satu tuduhan yang tidak tepat dan mengelirukan kerana untuk lawatan ini, kerajaan menanggung sepenuhnya kos Perdana Menteri di luar negara,” katanya dalam kenyataan kepada The Malaysia Press pada Sabtu.

Pada Jumaat, Ketua Pemuda Bersatu Muhammad Hilman Idham menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Perdana Menteri Anwar Ibrahim susulan pengakuannya semalam bahawa kos rombongan rasmi ke beberapa buah negara baru-baru ini sebahagian besarnya ditaja syarikat swasta yang ada kepentingan dengan lawatan tersebut.

Hilman, yang juga ADUN Gombak Setia, mendakwa ia jelas melanggar undang-undang sedia ada yang melarang penerimaan tajaan.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, kerajaan hanya membayar RM1.66 juta atau 27 peratus kos lawatan rasmi Anwar ke lima buah negara, berbanding kos sebenar atau keseluruhan berjumlah RM6.162 juta.

Manakala, selebihnya RM4.5 juta atau 73 peratus, ditanggung oleh syarikat yang terlibat.

Katanya, pendekatan penjimatan oleh JPM ini telah menjimatkan sejumlah RM900,000 untuk sewaan pesawat berbanding kos yang terpaksa ditanggung sebanyak RM2.5 juta untuk pesawat sedia ada.

Selain perkara ini, beliau berkata, kehadiran anak sulung Anwar iaitu Nurul Izzah bersama delegasi ini adalah kerana jemputan oleh pihak penganjur.

“Jemputan ini atas kapasiti Nurul Izzah mewakili badan pemikir Social and Economic Research Initiative (Seri) dan kehadiran beliau juga turut mewakili Datuk Seri Dr Wan Azizah yang tidak menyertai lawatan ini; dan

“Kesimpulannya, lawatan rasmi ini dilihat bukan untuk tujuan peribadi, tetapi mengarah kepada satu agenda yang besar iaitu pemulihan ekonomi dan menggamit pelabur antarabangsa untuk melabur di Malaysia.

“Jumlah pelaburan sebanyak RM6 bilion yang diperolehi oleh pihak Petronas di Brazil misalnya adalah salah satu bukti kejayaan besar lawatan Perdana Menteri baru-baru ini,” ujarnya.

Related Posts

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

PUTRAJAYA – Pemuktamadan jajaran sempadan darat antara Malaysia dan Indonesia menyaksikan negara ini memperoleh tambahan wilayah kira-kira 785 hektar menerusi penyelesaian teknikal yang dimeterai kedua-dua pihak. Menteri Sumber Asli dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada

Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada