Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, tiga kes berkenaan membabitkan kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Iskandar Puteri dan Johor Bahru Selatan.

Menurut beliau, kesemua kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

“Setakat ini, kita ada tiga kes dan kita membuka siasatan bagi tiga kes ini. Ada tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan.

“Bila dah lengkap, kita akan rujuk kepada AGC untuk mendapat satu keputusan,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Mengulas tangkapan, beliau berkata, dua individu masing-masing seorang lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah IPD Kulai.

Bagi kes di bawah IPD Johor Bahru Selatan pula, dua lelaki berusia 25 dan 43 tahun ditahan, manakala seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan bagi kes di bawah IPD Iskandar Puteri.

Kesemua mereka dipercayai kakitangan di premis terbabit dan ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemasangan bendera secara tidak betul.

Chuan Huat turut mengingatkan pemilik premis, penyelia serta individu yang dipertanggungjawabkan supaya tidak mengambil mudah aspek pemasangan dan pemantauan bendera selepas ia dikibarkan.

Katanya, pemantauan perlu dilakukan terutama selepas bendera dipasang kerana terdapat keadaan pekerja warga asing diberikan tugasan berkenaan tanpa panduan mencukupi.

“Sepatutnya sebagai pemilik atau orang bertanggungjawab untuk memasang bendera ini, perlu tunjuk cara-cara untuk pemasangan yang betul dan selepas pemasangan sekurang-kurangnya penyeliaan dibuat.

“Contohnya ambil gambar dan hantar kepada penyelia yang bertanggungjawab untuk melihat sama ada betul atau tidak betul,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan kesilapan sama berulang selain memastikan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Johor dipasang mengikut susunan serta tatacara yang betul.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan