90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

ALOR SETAR – Seramai 90 individu termasuk pegawai dan anggota polis Kedah dikenakan tindakan siasatan tatatertib sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, mereka terdiri daripada 11 pegawai kanan polis (PKP), 76 pegawai rendah polis (PRP) dan tiga pegawai awam (PA) melibatkan 69 kertas siasatan tatatertib (KST) atas pelbagai kesalahan seperti jenayah dan dadah.

Katanya, rekod pada tahun lalu pula mencatatkan seramai 294 individu terdiri 39 PKP, 248 PRP dan tujuh PA dengan 155 KST dibuka.

“Kalau kita tengok alirannya, tahun lepas 294 individu berbanding dalam tempoh enam bulan (tahun ini) baru 90 individu, memang nampak penurunan.

“Tetapi ia masih lagi melahirkan perasaan bimbang kepada saya sebagai ketua polis di sini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Flag-Off Kibar Bendera Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Kata beliau, daripada jumlah kertas siasatan dibuka tahun ini, antaranya adalah kesalahan jenayah adalah 33 kes, 24 kes dadah, tujuh kes rasuah, komersial empat kes dan syariah tiga kes.

Sementara itu, katanya, Polis Diraja Malaysia turut mengambil tindakan tahan kerja, gantung kerja dan buang kerja kepada individu terlibat tanpa mengira pangkat.

“Tahan kerja sahaja 67 orang daripada 2021 hingga Jun 2026 iaitu daripada pegawai kanan hingga pegawai rendah. Daripada 67 orang ini, kesalahan dadah paling ramai iaitu seramai 25 orang, jenayah (19), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (16), syariah (tiga), trafik (dua) dan lain-lain.

“Gantung kerja adalah seramai 10 orang daripada tempoh 2023 hingga Jun 2026. Sementara tindakan buang kerja melibatkan 10 individu terdiri empat kes salah laku, tiga kes SPRM, dua dadah dan satu kes syariah,” ujarnya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia