Pembangkang perlu cermin diri – Sany Hamzan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perbelanjaan beliau ke luar negara yang ditanggung oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta ini boleh dilihat sebagai tanda ketelusan dan keterbukaannya.

Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Perdana Menteri Anwar Ibrahim susulan pengakuannya semalam bahawa kos rombongan rasmi ke beberapa buah negara baru-baru ini sebahagian besarnya ditaja syarikat swasta yang ada kepentingan dengan lawatan tersebut.

Hilman, yang juga ADUN Gombak Setia, mendakwa ia jelas melanggar undang-undang sedia ada yang melarang penerimaan tajaan.

Pengarah Pilihan Raya Amanah, Mohd Sany Hamzan membidas kenyataan Hilman berkata, Anwar sebaliknya boleh sahaja kalau mahu mendiamkan isu tersebut tetapi beliau bersifat terbuka.

“Jika ada pihak yang tidak puas hati, mereka boleh membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Daripada kunjungan Perdana Menteri ini, banyak pelabur-pelabur atau GLC yang akan turut ikut untuk memudahkan urusan pelaburan perdagangan mereka disesetengah negara yang dilawati oleh PM bagi mengembangkan lagi ekonomi negara kita.

“Sebab itu banyak menteri, pelabur yang ikut. Biasa juga dilakukan oleh pimpinan-pimpinan dunia,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Dengan nada sinis, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Hulu Langat berkata, pihak pembangkang juga sengaja mengalihkan isu sebagai contoh isu di Selangor, apabila SPRM mengeluarkan kenyataan berhubung isu rasuah dalam konsesi perlombongan pasir membabitkan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di negeri Selangor dan mempunyai kaitan dengan Bersatu.

Sany berkata, sudah tentu Anwar telah mendapatkan nasihat lanjut daripada pihak yang arif sebelum mendapat tajaan perjalanan ke negara-negara luar kerana beliau amat mementingkan integriti dan tatakelola.

“Kerana beliau sendiri seorang yang amat kerap bercakap soal integriti, amalan tatakelola dan rasuah. Sudah tentu beliau akan mengambil kira perkara-perkara tersebut.

“Yang sebenarnya mereka tiada isu nak serang kerajaan, jadi mereka ambil lah isu-isu yang kecil ini.

“Pepatah untuk mereka, cerminlah diri. mereka perlu mencerminkan diri mereka sebelum mahu melontarkan sebarang perkara atau nak tuduh orang.

“Sekarang ini kita lihat, semua parti dalam Malaysia sekarang ini pernah jadi kerajaan. Rakyat boleh lihat sendiri perbandingan semasa pembangkang memerintah dan mengapa mereka cuba mengalihkan isu yang besar sedangkan pimpinan-pimpinan pembangkang pun turut sama terpalit pelbagai isu,” katanya.

Related Posts

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

PUTRAJAYA – Isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH)  tidak seharusnya ditunggang oleh mana-mana pihak demi kepentingan politik sempit atau membina persepsi liar sehingga menggugat keyakinan pendeposit.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori jabatan itu yang mengorbankan tiga sekeluarga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

  • By Fandi
  • August 19, 2026
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut