Markah D dinilai Bersih itu gopoh dan dangkal – Setpol Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR – Gred D yang dinilai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun pentadbiran disifatkan sebagai gopoh dan dangkal.

Reaksi bantahan itu dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim sekali gus menyangkal penilaian gred D iaitu 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan seperti yang dinilai Bersih.

Sebagai penafian kepada dakwaan Bersih itu, Kamil berkata, reformasi dan agenda perubahan politik, ekonomi dan pentadbiran masih berjalan.

“Reformasi juga bermaksud prestasi kerajaan mesti dinilai melalui indikator dan petunjuk ekonomi secara keseluruhan serta keyakinan pelabur yang bertambah baik.

“Sebarang kenyataan dan skema penggredan yang mengenepikan fakta dan kedudukan terkini dilihat sebagai kenyataan yang agak gopoh dan dangkal,” katanya memetik laporan Malaysiakini, pada Rabu.

Semalam Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam sebuah forum memberikan markah D kepada kerajaan kerana gagal memenuhi semua agenda reformasi seperti yang dijanjikan.

Bersih turut meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketinggalan di belakang pendahulunya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menunaikan janji reformasi.

Faisal berkata, wujud jurang yang ketara antara janji reformasi dan pelaksanaannya daripada aspek kemajuan, progres dan tindakan.

Menurutnya, penilaian itu, yang menggabungkan dua bahagian iaitu janji manifesto dan perbandingan dengan kerajaan terdahulu – menyaksikan kerajaan Madani hanya memperoleh markah 45.8 peratus.

Bagaimanapun, Kamil berkata, Bersih tidak mengambil kira salah satu faktor penting dalam penilaiannya iaitu tempoh pentadbiran kerajaan.

“Sebagai contoh, daripada 34 (janji) reformasi, Bersih kata 19 daripadanya dalam kategori “fulfilled + in progress”. Maknanya, 56 peratus reformasi dah digerakkan.

“Tapi kalau Bersih nilai faktor masa memerintah, Kerajaan Perpaduan baru perintah 24/60 bulan (40 peratus). Kalau Bersih ambil kira faktor ini, dalam tempoh 40 peratus penggal, Kerajaan Perpaduan dah selesaikan atau mulakan 56 peratus reformasi.

“Peratusan (pelaksanaan) reformasi lebih tinggi daripada peratusan tempoh memerintah. Adakah masih gagal dan gred D?” soalnya.

Kamil juga mempertahankan keputusan tidak popular seperti penyasaran subsidi diesel sebagai langkah wajar dan berani untuk memperkukuh kedudukan fiskal negara.

“Kita dapat saksikan betapa bantuan langsung kepada rakyat telah ditingkatkan selain pewujudan akta fiskal yang menuntut kerajaan berbelanja mengikut keupayaannya dan tidak boros, sememangnya reformasi yang begitu mendesak dan diberi keutamaan.

“Justeru, apa yang ingin ditegaskan di sini adalah kita harus belajar dan timba dari pengalaman yang lalu.

“Perubahan harus dilaksanakan dengan bijaksana, tidak gopoh, dan mengikut keutamaan berdasarkan konteks dan keadaan semasa,” katanya.

Katanya, hal-hal lain yang sedang dirangka termasuk akta perolehan kerajaan bagi memastikan sistem perolehan yang lebih telus dan berintegriti.

Tambahnya, Perdana Menteri dan kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan serta kritikan yang bertanggungjawab.

  • Related Posts

    DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

    PUTRAJAYA – DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu dibuat menerusi undian perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026, hari ini, dengan 1,857…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

    KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

    RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

    Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

    Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

    Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

    Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

    DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

    DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

    Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

    Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

    LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

    LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam