Tiga kanak-kanak Lubnan terkorban setiap hari

GENEVA – Secara purata lebih daripada tiga orang kanak-kanak telah terbunuh setiap hari di Lubnan sepanjang dua bulan yang lalu, kata Unicef pada Selasa, lapor Anadolu.

Jurucakap Unicef, James Elder berkata, bagi kanak-kanak di Lubnan, ia seperti sudah menjadi normalisasi senyap terhadap keganasan apabila berlaku kecederaan dan trauma setiap hari.

“Apa yang tidak dapat diterima kini secara senyap berubah menjadi sesuatu yang boleh diterima.”

“Walaupun lebih daripada 200 kanak-kanak terbunuh di Lubnan dalam tempoh kurang daripada dua bulan, satu corak yang membimbangkan telah muncul di mana kematian mereka tidak mendapat tindak balas daripada mereka yang mampu menghentikan keganasan ini,” katanya dalam satu taklimat media di Geneva.

Beliau berharap agar kemanusiaan tidak lagi menyaksikan tahap pembunuhan kanak-kanak yang sedang berlaku di Gaza, walaupun terdapat persamaan yang menakutkan bagi kanak-kanak di Lubnan.

Mengulas mengenai persamaan ‘menakutkan’ antara Gaza dan Lubnan, Elder berkata, ratusan kanak-kanak telah kehilangan tempat tinggal di negara tersebut, kemudahan perubatan diserang, semua sekolah ditutup, pergolakan masalah emosi semakin jelas dalam kalangan kanak-kanak, dan akhirnya, peningkatan jumlah kanak-kanak yang terbunuh tidak mendapat sebarang respons yang bermakna daripada mereka yang mempunyai pengaruh.

Seiring dengan peningkatan serangan, tahap keperluan kepada bantuan juga semakin meningkat yang mana rayuan terkini Unicef hanya mendapat kurang daripada 20 peratus pembiayaan.

“Di Lubnan, sama seperti yang berlaku di Gaza, apa yang tidak dapat diterima kini secara senyap berubah menjadi sesuatu yang boleh diterima dan yang mengejutkan semakin diterima sebagai sesuatu yang dijangka,” kata Elder.

“Malah sekali lagi, tangisan kanak-kanak tidak didengari, keheningan dunia semakin memekakkan telinga, dan sekali lagi kita membiarkan yang tidak dapat dibayangkan menjadi landskap kanak-kanak,sambil menyifatkan ia sebagai norma baharu yang mengerikan dan tidak boleh diterima,” tambahnya.

Setakat 19 November, angka korban akibat serangan rejim Israel terhadap Lubnan sejak Oktober tahun lalu telah meningkat kepada 3,544 kematian dan 15,036 kecederaan.

Related Posts

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

NEW DELHI – Hubungan Malaysia-Rusia diperkukuh dengan beberapa kerjasama bagi merancakkan sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Rusia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian setelah pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan