Pertahanan awam Gaza terpaksa henti perkhidmatan ambulans

GAZA – Kebanyakan ambulans milik pertahanan awam Gaza telah menghentikan operasi disebabkan oleh kekurangan bahan api sekaligus meningkatkan kebimbangan mengenai keadaan kemanusiaan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza.

“Kami mengisytiharkan pemberhentian operasi bagi kebanyakan ambulans pertahanan awam di Wilayah Gaza disebabkan kekurangan bahan api. Pada masa ini, kami hanya beroperasi dengan satu tangki air dan satu kenderaan penyelamat,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut menekankan bahawa sejak pertengahan November, pasukan kecemasan tidak dapat memberi respons terhadap panggilan rakyat yang meminta bantuan dan sampai ke lokasi serangan Israel, lapor Anadolu.

“Ini menandakan satu bencana kemanusiaan yang semakin hampir  menambah penderitaan rakyat kami di Gaza apabila Israel masih meneruskan serangan tanpa henti,” katanya.

Pertahanan awam juga memberi amaran bahawa kekurangan bahan api, ditambah lagi dengan perpindahan beribu-ribu orang dari utara Gaza, sangat menghalang keupayaan untuk menangani keperluan kemanusiaan yang semakin meningkat di seluruh wilayah tersebut.

Serangan berterusan rejim Israel terhadap Palestin telah menambah bilangan angka korban di Gaza kepada 43,972 kematian, 104,008 kecederaan dan puluhan ribu lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.  

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini