Kedaulatan negara: Siapa sebenarnya pengkhianat?

SERING kita temukan kenyataan di media sosial kononnya Kerajaan Perpaduan sedang ‘menjual negara’.

Dengan maksud yang lain; yang lebih ganas, Kerajaan Perpaduan mengkhianati ibu pertiwi.

Dikatakan kononnya Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH), disokong kuat oleh Barisan Nasional (BN) dan gabungan parti dari Sabah dan Sarawak tunduk kepada pihak tertentu.

Maksud pihak tertentu itu ada dua – kaum bukan Melayu dalam negara dan anasir luar contohnya yang menyokong Yahudi dan Israel.

Yang kerap menimbulkan isu ini pembangkang – suatu blok politik yang masih tidak dapat menerima hakikat mereka tersingkir daripada menjadi kerajaan akibat kebebalan dan kesombongan sendiri.

Mereka masih meroyan mahu menjadi kerajaan kononnya mempunyai lebih banyak sokongan ahli Parlimen sedangkan penentuan penubuhan kerajaan bukan lagi berasaskan pihak yang mana mendapat lebih banyak dokumen akuan bersumpah secara peribadi.

Hakikat bahawa penentuan itu diterima berasaskan sokongan parti tidak dapat diterima mereka, sedangkan merekalah yang menggubal peraturan itu ketika berkuasa setelah menjadi kerajaan melalui kaedah tebuk atap yang kisahnya tidak lagi perlu dirincikan.

Kini bertebaran di media sosial perihal mereka mempersoalkan pelbagai tindakan Kerajaan Perpaduan khasnya gerak langkah Perdana Menteri (PM) – Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Mereka mengacau – membuat onar; bukannya cuba menambah baik – setiap keputusan kerajaan.

Tidak ada satu pun keputusan kerajaan diterima baik sekalipun sebahagian besar rakyat tahu langkah kerajaan itu sebenarnya betul, wajar, dan perlu disokong.

Mereka cuba memberi gambaran bahawa Kerajaan Perpaduan kini menyokong musuh Islam tidak kira dalam isu domestik mahupun isu luar negara.

Dinaratifkan mereka bahawa kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat dalam semua segi.

Mereka berusaha keras memutarkan fakta, daripada baik kepada buruk, daripada wangi kepada busuk, daripada bermanfaat kepada membebankan.

Paling banyak dihamburkan, isu kedapatan barangan keperluan harian, harga barangan, penyasaran subsidi, dan isu-isu pendidikan.

Semuanya dikupas dalam bentuk yang penuh dengan kebencian.

Dalam isu luar, mereka kini berhempas pulas meyakinkan rakyat bahawa DSAI membawa Malaysia ke suatu sudut – menyokong Israel.

Mereka cuba menyatakan bahawa PM tidak meyokong Palestin.

Mereka mahu rakyat percaya bahawa PM hanya berpura-pura menyokong negara yang sedang menderita itu.

Mereka sedang membakar hati rakyat.

Pun begitu, majoriti rakyat kini tahu bahawa pembangkanglah petualang sebenar bagi negara kita.

Ya, majoriti rakyat tahu bahawa pembangkang sedang merosakkan negara dan perlu dijauhi.

Syabas, rakyat Malaysia !

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok