Israel mulakan operasi darat kedua di Lubnan

BEIRUT – Rejim Israel telah memulakan fasa kedua operasi darat di selatan Lubnan melibatkan kemaraan ke arah barisan pertahanan kedua Hizbullah, lapor Anadolu memetik laporan akhbar harian Israel Maariv pada Selasa.

“Angkatan Tentera Israel telah memulakan fasa kedua manuver darat (operasi darat) di selatan Lubnan, melibatkan kemaraan Divisyen ke-36 ke arah barisan pertahanan kedua Hizbullah,” kata Maariv.

Divisyen ke-36 adalah sebuah divisyen berperisai dan merupakan yang terbesar di antara formasi ketenteraan Israel.

Menurut akhbar tersebut, pasukan daripada divisyen ke-36 terlibat dalam operasi baru di selatan Lubnan, termasuk Briged Golani, Briged Payung Terjun, dan Briged Berperisai ke-188, dengan jurutera tempur turut bersama mereka.

Akhbar harian Israel itu menyatakan tujuan operasi ini adalah untuk membongkar formasi Hizbullah di kawasan tersebut dan memberi tekanan terhadap Hizbullah berhubung rundingan penyelesaian politik di Lubnan.

Dalam serangan terbaharu pada Selasa, sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Lubnan pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lalu kepada 3,287 orang, kata Kementerian Kesihatan Lubnan pada Selasa.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu menambah bahawa 88 orang lagi cedera pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan kepada 14,222 orang sejak Oktober 2023.

Related Posts

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

JAKARTA – Beberapa gunung berapi di Indonesia meletus pada Jumaat, dengan Gunung Ili Lewotolok paling aktif merekodkan enam letusan. Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Ili Lewotolok di Nusa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan