Sarawak peruntuk RM3.55 bilion skim perumahan penjawat awam negeri – Abang Johari

KUCHING – Sarawak akan memberi peruntukan perumahan untuk penjawat awam dengan nilai RM3.55 bilion.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif ini akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah kekurangan kemudahan perumahan untuk penjawat awam negeri.

“Kita akan membina perumahan dan kemudahan baharu untuk penjawat awam di seluruh Sarawak dengan nilai skim RM3.55 bilion,” kata Abang Johari.

Selain itu, Abang Johari menjelaskan pembinaan perumahan ini dijadualkan pada 2025 dengan peruntukan RM200 juta untuk fasa pertama projek.

Beliau berkata demikian membentangkan cadangan Belanjawan Sarawak 2025 pada hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin.

Sementara itu, Abang Johari turut mengumumkan beberapa langkah penting untuk memperkukuh kesejahteraan dan kebajikan penjawat awam negeri.

“Kerajaan Sarawak turut memberi elaun khas untuk penjawat awam negeri selain menerima pakai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA),” ujar beliau sambil menjelaskan dijangka memberi kesan kewangan tahunan berjumlah RM102 juta pada 2025.

Selain itu, Abang Johari turut memperkenalkan Sistem Pengurusan Prestasi yang bertujuan meningkatkan prestasi perkhidmatan awam negeri.

“Saya menyeru agar semua penjawat awam sentiasa berusaha gigih dan terus berdedikasi meningkatkan produktiviti dan menyampaikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” kata beliau lagi.

Related Posts

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

ROMPIN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah semua pihak berhenti mengelirukan masyarakat Orang Asli di Semenanjung dengan istilah tanah adat. Baginda bertitah, perkara itu jelas termaktub…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang