Utara Gaza lumpuh, 50 hari tanpa makanan, keperluan asas

GAZA – Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med menggesa organisasi antarabangsa dan PBB membuat ‘pengisytiharan kebuluran’ (famine declaration) di utara Gaza, yang mana telah terputus bekalan baranagan keperluan asas, makanan dan ubat-ubatan sejak 50 hari yang lalu, lapor Anadolu.

“Memandangkan Israel telah menyekat kemasukan barangan dan bantuan kepada ratusan ribu penduduk yang terkepung di utara Semenanjung Gaza melebihi 50 hari, organisasi antarabangsa dan PBB yang berkenaan seharusnya mengisytiharkan secara rasmi kebuluran yang dialami penduduk kawasan tersebut.

“Kekejaman rejim Israel menggunakan kelaparan sebagai senjata merupakan satu bentuk genosida yang berterusan di Semenanjung Gaza, yang juga membawa kepada pembunuhan besar-besaran dan pemindahan paksa penduduk di sana,” kata organisasi bebas itu dalam satu kenyataan dari ibu pejabatnya di Geneva.

Kenyataan tersebut menekankan bahawa puluhan ribu rakyat Palestin, termasuk pesakit yang berada di tiga hospital di utara Gaza, berada dalam bahaya segera yang mendorong kepada kebuluran atau kesan kesihatan jangka panjang akibat sekatan haram oleh Israel.

“Dengan menyekat kemasukan semua barangan bermula 1 Oktober dan melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran terhadap semua penduduk di Jabalia dan Beit Lahia empat hari kemudian, Israel berjaya memisahkan Gabenor Utara Gaza daripada seluruh Semenanjung Gaza,” jelas kenyataan itu.

Sejak 5 Oktober, tentera Israel telah memusnahkan ratusan rumah dan tempat perlindungan di utara Gaza, membunuh kira-kira 1,900 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 4,000 orang, sambil memaksa puluhan ribu untuk melarikan diri.

Sementara itu, sebahagian yang lain masih kekal berada di rumah masing-masing dan tempat perlindungan dalam keadaan terdesak, menurut kenyataan tersebut.

Tambah persatuan itu, penduduk yang masih berada di utara Gaza berdepan sekatan yang amat ketat, dibedil secara berterusan dan sengaja dibiarkan tanpa akses kepada makanan, air, atau bekalan perubatan malah menjadi sasaran dron jika cuba keluar mencari makanan atau air.

“Kebuluran teruk, pengeboman dan pemindahan paksa yang dialami bukanlah baru, malah rakyat Palestin terus-terusan berderita akibat jenayah terancang yang sengaja didiamkan ini,” katanya.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa puluhan ribu yang telah dipindahkan dari utara Gaza ke Kota Gaza menghadapi kesukaran membeli barangan asas kerana harga yang tinggi dan bekalan yang terhad serta kekurangan bantuan yang mencukupi disebabkan sekatan haram Israel.

Situasi gawat dan teruk turut dialami oleh penduduk di selatan Lembah Gaza apabila rejim Israel terus mengenakan sekatan ke atas kemasukan barangan dan menghadkan bilangan trak bantuan yang dibenarkan masuk.

Kumpulan bersenjata juga merampas sebahagian besar bantuan, menghalangnya daripada sampai kepada mereka yang memerlukan selepas Israel memusnahkan infrastruktur awam dan membunuh ramai pekerja yang terlibat dalam pengagihan bantuan.

“Semua penduduk Semenanjung Gaza kini bergantung kepada bantuan kemanusiaan asing kerana kekurangan peluang pekerjaan, masalah ketiadaan wang tunai, dan keruntuhan ekonomi masyarakat tempatan atau kapasiti pengeluaran tempatan.

“Oleh itu, menghentikan bantuan sedemikian bermakna menafikan akses mereka kepada makanan dan keperluan lain yang penting untuk kelangsungan hidup mereka,” tambah kenyataan itu.

Setakat 10 November, angka korban susulan serangan Israel di Gaza telah meningkat kepada 43,603 kematian, 102,929 yang lain cedera dan puluhan ribu lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan, majoritinya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Related Posts

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

JAKARTA – Beberapa gunung berapi di Indonesia meletus pada Jumaat, dengan Gunung Ili Lewotolok paling aktif merekodkan enam letusan. Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Ili Lewotolok di Nusa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan