Straits Mobile dari Singapura akan kurangkan pemilikan saham U Mobile kepada 20 peratus

KUALA LUMPUR – Straits Mobile Investment Pte Ltd iaitu syarikat asing dari Singapura akan mengurangkan pemilikan saham dalam U Mobile daripada 49 peratus kepada 20 peratus bagi meningkatkan peratusan pemilikan tempatan.

Ini susulan pelbagai kritikan dan persoalan timbul selepas U Mobile dipilih oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjadi penyedia rangkaian 5G kedua negara.

U Mobile dalam kenyataan berkata, Straits Mobile Investment Pte Ltd, unit milik penuh ST Telemedia yang beribu pejabat di Singapura, bersetuju dengan penyelarasan strategik pemilikan pegangan sahamnya daripada 49 peratus kepada 20 peratus.

Menurut syarikat itu, penyelarasan tersebut bagi meningkatkan peratusan pemilikan syarikat-syarikat tempatan.

Dalam pada itu, U Mobile berkata, syarikat tersebut bersedia untuk menerajui rangkaian 5G kedua selaras dengan keutamaan negara dengan mengukuhkan penglibatan dan penyertaan tempatan dalam infrastruktur telekomunikasi kritikal.

“Walaupun pemilikan asing adalah perkara biasa dalam sektor telekomunikasi, strategi U Mobile mengutamakan pembangunan industri Malaysia dan pengukuhan pemilikan tempatan.

“Perkongsian tempatan yang meningkat ini menyokong dedikasi U Mobile untuk kepentingan negara,” kata kenyataan itu.

Kenyataan U Mobile itu menambah, dengan rekod prestasi melebihi 17 tahun dalam inovasi, pertumbuhan dan pengembangan rangkaian, U Mobile yakin akan dapat melancarkan 5G yang pantas dan cekap kos untuk Malaysia.

Jelasnya, sebagai syarikat telekomunikasi yang paling baharu dan pencabar pasaran kepada industri, jumlah pengguna U Mobile berjaya mencapai sembilan juta orang pelanggan pada penghujung 2023.

“Dengan lebih RM5 bilion dilaburkan dalam infrastruktur rangkaian, U Mobile kini mempunyai lebih 10,000 tapak rangkaian, dan liputan penduduk negara mencapai 95 peratus, setanding dengan rakan industri yang lain. U Mobile disokong oleh tenaga kerja yang terdiri daripada lebih 1,000 rakyat Malaysia,” jelas kenyataan itu lagi.

Terdahulu di dalam Dewan Rakyat, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, syarat am untuk pegangan ekuiti asing dalam lesen individu bagi penyedia kemudahan rangkaian dan penyedia perkhidmatan rangkaian dihadkan pada 49 peratus dengan pemilikan Bumiputera diberi mandat sekurang-kurangnya 30 peratus.

“Pada masa ini, pegangan ekuiti asing U Mobile kekal dalam had yang ditetapkan oleh syarat khas lesen yang diberikan kepada firma itu,” katanya.

Kata Fahmi, keputusan memilih U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua tidak melanggar syarat lesen khas yang ditetapkan untuk firma itu.

Fahmi menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang bertanya sama ada pemilihan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua telah melanggar syarat lesennya memandangkan pemegang saham majoriti adalah firma Singapura.

Dalam pada itu, U Mobile berkata, pengurusan rangkaian 5G kedua tidak memerlukan dana Putrajaya.

“U Mobile ingin memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa ia akan terus disokong dengan baik tanpa bergantung kepada pembiayaan kerajaan,” katanya.

Related Posts

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal kembali bersinar sebagai destinasi pelancongan utama dunia selepas kerajaan bersetuju menyegerakan projek baik pulih infrastruktur yang kini berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) supaya mempercepat pelaksanaan operasi pembenihan awan di negeri yang berada pada tahap kritikal, terutama Kedah dan Perlis. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin