Netizen pesan bawa berehat, PMX bekerja terlalu keras

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus tekun bekerja meskipun ketika berada di dalam pesawat semasa perjalanan beliau dan delegasi ke Kaherah, Mesir menjadi perhatian umum di media sosial.

Anwar berkongsi gambar berkenaan di laman X di mana beliau sedang meneliti beberapa dokumen penting walaupun hari telah malam.

Beliau dalam lawatan rasmi di Mesir atas undangan Presiden Abdel Fattah El-Sisi bermula 9 November hingga 12 Nov.

Keadaan ini menimbulkan kegusaran warganet yang berikutan Anwar bekerja seolah-olah tiada waktu untuk berehat dan meminta beliau untuk menjaga kesihatan walaupun dalam keadaan jadual yang padat.

“Bawa berehat juga Yang Amat Berhormat PMX…. PMX kelihatan bekerja terlalu keras, mesti jaga kesihatan juga.

“Semoga Allah berkati dan permudahkan segala urusan sehingga pulang ke Malaysia dengan selamat,” kata @x_abe81 di laman X.

“Jaga kesihatan juga PMX. Saya mengerti PMX perlu membetulkan banyak masalah yg ditinggalkan. Tetapi ramai rakyat sayang PMX. Semoga kekal cergas dan cerdas,” celah @IsmadiZamsuri.

Sementara itu, seorang lagi netizen, @Nik_Mohd_Fitri berkata, dia berasa terharu melihat kesungguhan Anwar memimpin negara tetapi dalam masa yang sama berasa bangga mempunyai pemimpin yang bersemangat memikul tanggungjawab.

“Kadang-kadang saya berasa sangat sedih melihat @anwaribrahim DSAI bekerja keras untuk Malaysia.

“Sebaliknya saya berasa sangat bangga kerana Perdana Menteri bekerja keras untuk negara.

“Semoga Allah memberkati anda, Semoga Allah memberi anda kekuatan, semoga Allah memberi anda kesihatan yang baik,” ujar @Nik_Mohd_Fitri

Hari ini, Anwar selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei