PMX, delegasi tiba di Kaherah untuk lawatan rasmi empat hari

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi selamat tiba di Kaherah, Mesir bagi memulakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi, lewat petang semalam.

Melalui perkongsian di Facebook, Perdana Menteri berkata, kunjungan itu akan membuka peluang dan lembaran kedua-dua negara dalam membincangkan kemajuan hubungan Malaysia dan Mesir, selain menerokai bentuk kerjasama baharu.

“Usaha berterusan juga akan terus dipergiat bagi memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Saya juga turut dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar Al-Syarif selain bertemu para pelajar dari Malaysia di lokasi sama,” katanya.

Anwar dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar Al-Sharif di Kaherah, hari ini dengan menekankan usaha pemerkasaan umat Islam melalui teknologi, kemasyarakatan dan ekonomi.

Beliau akan menyampaikan ceramah bertajuk, ‘Gagah Bersama: Pandang Alam Umat dari Sudut Pemerkasaan Teknologi, Kemasyarakatan dan Ekonomi’ di institusi pengajian Islam tertua dan paling berprestij di dunia itu.

Menerusi catatan di Facebook, Universiti Al-Azhar Al-Sharif berkata, majlis itu bertujuan meraikan hubungan erat Malaysia dan universiti terkemuka Timur Tengah berkenaan.

Timbalan Sheikh al-Azhar, Prof Dr Muhammad Abdul Rahman Muhammad al-Duwaini; Rektor al-Azhar al-Sharif, Prof Dr Salama Dawood; pengurusan kanan universiti dan diplomat asing, ekspatriat dan pelajar Malaysia dijangka hadir pada syarahan itu.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak