Dr Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengarah Besar Felda, bagi menggantikan Datuk Amiruddin Abdul Satar, yang menamatkan perkhidmatannya pada 14 Oktober lalu.

Felda dalam kenyataannya berkata, pelantikan Suzana yang menjadi wanita pertama memegang jawatan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam menggerakkan pembangunan ekonomi negara.

Katanya, langkah itu seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan penyertaan wanita dalam semua sektor sebagai pemaju utama ke arah Malaysia yang progresif dan mampan.

“Suzana mempunyai pengalaman luas dalam industri perladangan sejak menyertai Felda sebagai Pegawai Tadbir pada 1998 sehingga memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pelaburan pada 2008.

“Beliau kemudian menyertai FGV Holdings Berhad (FGV) sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan dan beberapa jawatan penting di FGV sebelum menjadi Ketua Pegawai Pelaburan Perkeso.

“Kepimpinan beliau diperkuatkan dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam pelbagai sektor termasuk perbankan, kewangan, pelaburan, dan pengurusan aset institusi. Beliau menganggotai pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah di lebih 35 entiti di dalam dan luar negara,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, Suzana juga pernah menjadi Pengerusi Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dan Ahli Lembaga Pengarah Felcra.

“Sumbangan beliau ketika menjadi Pengerusi MSPO, menyerlahkan komitmennya terhadap industri dan pengurusan lestari. Komitmen ini penting bagi memastikan Felda memacu agenda kelestarian yang menyokong keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

“Beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah Felda dan syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Felda, seperti FGV Holdings, MSM Holdings, dan Encorp Berhad. Beliau juga memegang peranan sebagai Pengerusi IIUM Holdings Berhad dan Ahli Lembaga Pengarah di Private Pension Administrator.

“Selain itu, beliau juga memperoleh Doktor Falsafah dan Sarjana dalam Kewangan dari Universiti Putra Malaysia, Ijazah dalam Pengajian Perniagaan dari Huddersfield University, UK, serta Advance Management Program dari Harvard Business School, USA.

“Dengan gabungan kelayakan akademik, pengalaman tempatan dan antarabangsa, serta kepimpinan yang berpandangan strategik, beliau dijangka memperkasakan lagi strategi dan daya saing Felda,” katanya.

Felda berkata, menerusi pelantikan itu, Felda yakin bahawa Suzana akan membawa Felda ke arah pencapaian baharu dan memberi impak positif yang berkekalan kepada 112,638 keluarga peneroka serta generasi masa depan mereka di seluruh negara.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda