Anak syarikat DSAT Grop akan mengambilalih KDA FC

ALOR SETAR – KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) akan menjadi kelab pertama mempunyai hospital sendiri sebagai salah satu sumber pendapatan sekiranya DSAT Group Sdn Bhd dapat mengambil alih kelab itu melalui anak syarikatnya Mahsuri Medical Centre (MMC).

Pengerusi Eksekutif Kumpulan DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek berkata, dengan ini KDA FC akan mempunyai saham sebanyak 40 peratus dalam hospital swasta terbabit.

Beliau berkata, banyak lagi syarikat yang akan dimiliki oleh KDA FC sekiranya DSAT Group mengambil alih KDA FC sebagai sumber kewangan kelab supaya tidak berharap kepada tajaan orang semata mata dan bantuan kerajaan negeri.

“Kita akan menaik taraf sehingga 200 katil di Mahsuri Medical Centre dan memfokus pendapatan tahunan sebanyak RM500 juta.

“Sekiranya ini direalisasi dalam tiga tahun mendatang, KDA FC boleh setanding dengan kelab-kelab yang lain. Ini harapan saya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Azizul berkata, pihaknya berharap pengambil alihan KDA FC ini lahir dari keikhlasan dan niat dari pemilik-pemilik saham atas dasar tanggungjawab pada rakyat dan negeri mereka sendiri memandangkan modal berbayar KDA FC hanya RM1,000 sahaja.

Sehubungan itu, Azizul melahirkan harapan KDA FC khasnya pemilik majoriti bersetuju diikuti dengan pemegang saham yang lain.

Beliau berkata, ia memandangkan Exco Belia dan Sukan, Mohamad Radhi Mat Din yang juga pemegang saham 21 peratus telah bersetuju melepaskan pegangannya.

Katanya lagi, semua maklum bahawa KDA mempunyai liabiliti dan tidak ada rekod cantik untuk dinilaikan dalam setiap perlawanan apabila kalah beberapa termasuklah perlawanan dengan Selangor FC semalam.

Menurut Azizul, pihaknya akan membuat rombakan dari peringkat pengurusan hinggalah pemain sekiranya DSAT dapat mengambil alih KDA FC.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mahsuri Medical Centre, Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, pihaknya bersetuju menerima tawaran yang dibuat Exco Belia dan Sukan Kedah untuk pengambilalihan 100 peratus saham KDA FC.

“Ia termasuk liabilitinya tertakluk dengan terma dan syarat-syarat perjanjian yang akan dimeterai di antara kedua-dua belah pihak kelak,”katanya menerusi surat rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC,Mohamad Faidhi Mohd Rohdzi.

Beliau berkata, keputusan itu susulan perbincangan sewaktu pertemuan antara Pengerusi Eksekutif Kumpulan DSAT Group Sdn Bhd dan Exco Belia dan Sukan Kedah yang merupakan salah seorang pemegang saham KDA FC sebanyak 21 peratus pada 24 Oktober lepas di Eastin Hotel Kuala Lumpur yang menyatakan hasrat agar DSAT Group Sdn Bhd mengambilalih KDA FC.

Menurutnya, pihak MMC yang merupakan anak syarikat DSAT Group Sdn Bhd mendapat arahan daripada Pengerusi Eksekutif Kumpulan DSAT Group,Datuk Seri Azizul Tandek bagi menyatakan minat bagi pengambilalihan saham KDA FC melalui surat ini.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini