Syarikat Jepun bakal bina kilang penapis minyak di Johor

JOHOR BAHRU – Sebuah syarikat peneraju industri makanan dari Jepun, Fuji Oil Holdings Inc telah memeterai perjanjian bersama kerajaan Johor bagi membina sebuah kilang penapis minyak dan lemak di Pasir Logok, Kota Tinggi.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, anak syarikat berkenaan, Fuji Oil Asia Pte Ltd akan dipertanggungjawabkan mengendalikan pembangunan Kompleks Minyak Sawit Mampan Bersepadu (ISPOC) tersebut.

Menurut beliau, pembinaan kilang mencecah RM500 juta itu bakal siap menjelang pertenghan 2026 nanti.

“Hasil lawatan kerja kami selaku Kerajaan Negeri ke sebuah syarikat industri minyak dan lemak di Osaka, Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd telah memeterai kerjasama bersama Johor Plantations Group Berhad (JPG) yang merupakan kumpulan syarikat Johor Corporation (JCorp) untuk membina kilang penapisan minyak sawit dan lemak.

“Dalam sesi tersebut, kami turut melihat terminal tangki, kilang penapisan serta melihat sendiri proses pembuatan coklat di kilang tersebut.

“Mereka juga memperkenalkan beberapa produk yang dijual di pasar raya dan kedai serbaneka yang menggunakan bahan dari kilang minyak mereka, Fuji Oil,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau, hari ini.

Menurut Onn Hafiz, kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan memberikan manfaat kepada negeri ini terhadap sektor pengeluaran dan pemprosesan makanan.

“Selain itu, perbincangan mengenai latihan dan pembangunan kemahiran berkaitan tenaga kerja tempatan turut dibincangkan dan projek berskala besar ini diyakini akan meningkatkan daya saing industri di Johor,” katanya.

Related Posts

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

AYER KEROH – Kerajaan MADANI menolak sebarang desakan untuk mengawal stesen penyiaran dan agensi media sebaliknya komited mengekalkan kebebasan laporan berteraskan adab dan tertib. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

AYER KEROH – PKR tidak boleh menganggap keresahan yang wujud dalam kalangan masyarakat sebagai sentimen yang sengaja dicipta pihak tertentu, sebaliknya perlu memahami puncanya dan menawarkan penyelesaian bagi mendapatkan semula…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa