Belanjawan 2025 Selangor tumpu sektor semikonduktor, AI

INDUSTRI semikonduktor dan teknologi kecerdasan buatan (AI) antara sektor yang dijangka menjadi tumpuan utama Belanjawan 2025 Selangor yang dibentang pada 15 November ini.

Exco Pelaburan Selangor, Nge Sze Han berkata, kedua-dua sektor merupakan sektor penting yang akan diperkasakan selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahukan ianya mendapat tempat di hati penduduk.

Menurutnya, penekanan diberikan untuk melahirkan lebih ramai pakar teknologi tempatan dalam bidang tersebut seiring hasrat mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi.

“Saya berharap belanjawan akan datang ini menyediakan peruntukan yang secukupnya mempromosikan industri semikonduktor dan juga AI kerana ia menjadi trend yang amat penting untuk diterokai.

“Harapan saya juga disediakan dana untuk memperkasa latihan dan kursus sedia ada di institusi seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC),” katanya ketika ditemui selepas meninjau kawasan tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, pada Jumaat.

Sze Han berkata, penganjuran Sidang Kemuncak Niaga Selangor (SIBS) dan Pameran Udara Selangor (SAS) juga penting diteruskan pada tahun depan sekali gus memperkukuhkan status negeri sebagai hab pelaburan utama di rantau ini.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya percaya dengan kebijaksanaan Datuk Menteri Besar dalam menyediakan belanjawan yang terbaik untuk ekonomi Selangor dan seterusnya limpahan manfaat buat setiap lapisan rakyat,” katanya.

Belanjawan Selangor 2025 akan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa lagi inisiatif khusus bakal dibentang bagi menjamin kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak