PKR Sabah terbuka terima kerjasama parti lain

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terbuka menerima kerjasama daripada semua parti lain yang datang berjumpa dan berbincang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, setakat ini PKR Sabah belum menerima sebarang makluman daripada parti-parti lain di Sabah untuk bekerjasama, termasuk daripada Barisan Nasional (BN) mahupun parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) namun PKR terbuka untuk menerima kerjasama parti lain.

“Saya menjawab tidak mewakili Pakatan Harapan, tidak mewakili PKR seluruh Malaysia tetapi setakat ini, kami di Sabah tidak ada dipanggil untuk sebarang perbincangan bagi membentuk kerjasama dengan parti lain.

“PKR Sabah mempunyai autonomi sendiri yang bagi kami jika sesiapa mahu bekerjasama dengan kami maka harus berjumpa dan berbincang dengan kami bukan berbincang dengan pimpinan di persekutuan.

“Ini kerana kami lebih tahu siapa yang kami lebih sesuai untuk bekerjasama, kami yang akan membuat keputusan dan jika BN rasa ingin bekerjasama boleh datang berjumpa kami dan begitu juga dengan GRS serta parti-parti lain.

“Kerana kami masih terbuka untuk menerima kerjasama parti lain cuma kami tidak mahu keputusan dibuat tanpa pengetahuan kami, dan setakat ini BN belum menghubungi atau berjumpa dengan kami secara rasmi atau tidak rasmi untuk berbincang mengenai kerjasama tersebut.

“Kepada BN jika ingin bekerjasama boleh datang berbincang dengan kami, bukan berbincang dengan Presiden, PKR Sabah yang akan maklumkan dengan Presiden jika kerjasama akan dibentuk bukan sebaliknya.

“Namun begitu saya maklumkan memang PKR Sabah selesa dengan GRS dan begitu juga dengan BN di Persekutuan, tetapi untuk bekerjasama dengan Warisan, secara peribadi saya katakan tidak ada sebab untuk kami bekerjasama dengan mereka, kerana sebelum ini kenyataan beberapa pemimpin mereka seolah-olah menyerang kami di PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Hotel Hyatt Regency, di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau turut menjelaskan berkenaan kerjasama antara parti nasional dan parti lokal di Sabah untuk menghadapi PRN Sabah yang akan datang.

“Parti-parti lokal di Sabah sudah tentu niat untuk mahu kerusi yang lebih dominan akan keluar daripada mereka, kita faham, cuma itu terpulang kepada rundingan nanti bagaimana soal dominan atau tidak.

“Kita mengharap agihan yang sama rata, kita tidak berharap banyak cuma biar realistik, biar semua pihak dapat kerusi yang sama rata.

“Setakat ini PH bersedia untuk bertanding di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) cuma selepas itu kita terserah kepada rundingan dengan parti-parti lain sebab kita dalam PH sendiri hampir selesai proses rundingan kerusi.

“Dan untuk itu kita sudah mengutamakan beberapa kerusi yang akan ditandingi oleh PKR, Parti Tindakan Demokratik (DAP), Amanah ataupun Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) cuma selepas itu kita terserah kepada siapa yang dapat kerusi itu untuk berunding dengan parti lain,” katanya.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini