KTMB kuat kuasa bayaran tanpa tunai mulai tahun depan

PUTRAJAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi semua transaksi pembelian tiket bermula 1 Januari depan di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, inisiatif itu bertujuan membentuk masyarakat lebih cekap dan berdaya saing.

“Langkah itu juga bertujuan menyokong usaha kepimpinan negara untuk memangkin transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi digital berdaya saing, termasuk transformasi kepada masyarakat tanpa tunai.

“KTMB kini dalam fasa peralihan bagi memberi pendedahan serta kesedaran kepada orang ramai khususnya warga emas, orang kurang upaya (OKU) sebelum dilaksanakan sepenuhnya tahun depan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam tempoh peralihan itu, Mohd Rani berkata, kaunter tiket masih menerima transaksi tunai sebelum 1 Januari apabila inisiatif itu dilaksanakan tanpa tunai sepenuhnya.

“Kakitangan barisan hadapan di stesen juga akan membantu pelanggan, khususnya untuk mendaftar Aplikasi KTMB Mobile (KITS), membuat pembelian tiket melalui KITS atau mesin kios tiket dan mendaftar atau menggunakan kad Komuter Link,” katanya.

Rani Hisham berkata, KTMB juga menawarkan 500 mata railpoints percuma untuk 1,000 pendaftaran KITS terawal dan mengedarkan 1,000 kad Komuter Link secara percuma, bagi menggalakkan sokongan orang ramai kepada transaksi tanpa tunai.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP