Operasi Khas Motosikal JPJ mulai hari ini

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Operasi Khas Motosikal Tahun 2024 selama dua bulan di seluruh negara bermula hari ini hingga 31 Disember.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, operasi khas itu bagi pematuhan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

Katanya, ia bagi mensasarkan pengurangan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh suku ketiga dan keempat tahun ini.

Menurutnya, ia juga susulan statistik membimbangkan dengan peningkatan trend kadar kemalangan dengan kematian secara bulanan direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama melibatkan motosikal iaitu sebanyak 1,908 atau 70 peratus.

“Strategi penguatkuasaan secara berfokus ini adalah untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang dan pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aedy Fadly berkata, bagi mencapai objektif keseluruhan operasi ke arah meminimumkan kadar kemalangan dan kematian, JPJ akan memfokuskan kepada lapan kesalahan utama.

“Ia membabitkan tiada lesen memandu; tiada lesen kenderaan motor (LKM) atau tamat tempoh; tiada perlindungan insurans dan melanggar lampu isyarat lalu lintas.

“Selain itu ubah suai kenderaan (extreme); tidak memakai topi keledar, lumba haram dan kesalahan-kesalahan lain (teknikal),” katanya.

Sehubungan itu, JPJ memohon kerjasama pengguna jalan raya khususnya penunggang dan pembonceng motosikal untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya yang lain demi keutamaan keselamatan ketika di jalan raya.

“Usaha ini juga adalah untuk meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya di negara selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, ” katanya.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP