Fashion Valet: SPRM perlu siasat menyeluruh kerana libatkan dana awam

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan Fashion Valet dan proses pelaburan oleh Khazanah dan PNB bagi memastikan tiada unsur penyelewengan atau salah guna kuasa dalam pelaburan ini.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, MCW melihat isu ini sebagai hal yang perlu dipandang serius kerana ia melibatkan dana awam dan pelaburan oleh institusi yang mewakili kepentingan rakyat, seperti Khazanah dan PNB.

“Pelaburan sebanyak RM47 juta yang hanya membawa pulangan sebanyak RM3.1 juta menimbulkan persoalan mengenai ketelusan, keberkesanan, dan pertimbangan risiko dalam membuat keputusan pelaburan.

“MCW percaya bahawa adalah penting untuk pihak berkuasa, terutama SPRM, menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan Fashion Valet dan proses pelaburan oleh Khazanah dan PNB bagi memastikan tiada unsur penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa dalam pelaburan ini,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Selain itu kata Jais, MCW juga mencadangkan supaya tadbir urus korporat dalam institusi pelaburan awam seperti Khazanah dan PNB ditingkatkan dengan memperkenalkan kawalan yang lebih ketat dan prosedur penilaian yang lebih teliti sebelum pelaburan besar diluluskan, terutama dalam sektor yang berisiko tinggi seperti e-dagang.

“MCW menekankan bahawa aspek akauntabiliti dan ketelusan perlu dipertingkatkan, termasuk pendedahan maklumat mengenai pelaburan dan prestasi pelaburan yang dilakukan oleh institusi ini.

“Sekiranya berlaku ketirisan atau pengabaian dalam proses membuat keputusan, tindakan perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab agar hal sebegini tidak berulang,” katanya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar