Buli dalam bidang pendidikan: Ini satu kegilaan, kerajaan tak akan tolak-ansur – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan sesekali bertolak-ansur dengan budaya buli yang sudah menjadi sistemik dalam negara ini, khususnya dalam bidang pendidikan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini Perdana Menteri memberi amaran yang budaya membuli berlaku kerana terdapat pihak bersikap permisif dengan membenarkan ia terus berlaku.

Justeru, tegas Anwar isu berbangkit ini menjadi cabaran bukan saja di pihak kepimpinan tertinggi universiti, bahkah ia memerlukan perhatian dan tindakan holistik daripada pihaknya serta kementerian berkaitan.

“Ia kelompok kecil bukan mewakili keseluruhan mahasiswa tapi budaya itu mengizinkan… budaya samseng, buli, gengster dalam sistem pendidikan di sekolah kebangsaan, Cina, Tamil, Maahad Tahfiz dan sekolah agama.

“Ini adalah kegilaan. Kita cakap soal ilmu, kita tidak tahu disiplin itu mendidik manusia. Darjat kemanusiaan dan ilmu itu penting kepada penghayatan. Ini cabaran bagi setiap pimpinan Naib Canselor, profesor dan pensyarah termasuk saya dan menteri.

“Jadi program pendidikan dan nilai mesti ditekankan. Ini kerana (ketika ini) kita ambil sikap permisif, mengalah dan bertolak-ansur terhadap pembuli. Ia tidak boleh berlaku kalau budaya menolaknya.

“Saya bagi tahu kepada menteri pendidikan, jangan tolak-ansur. (Saya) Bagi amaran dan nasihat jangan tolak-ansur sama sekali kerana tak nak berlaku secara terpisah kerana berlaku dalam budaya,” katanya memetik BH pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Lembaga UPNM, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan betapa mustahaknya untuk menghayati ilmu pengetahuan kerana beliau percaya ia dapat membentuk nilai, akhlak dan adab dalam kalangan masyarakat.

Tegasnya, ini juga penting bagi melahirkan mahasiswa yang memiliki idea dan karakter kelas pertama.

Selain itu, dengan terbentuknya nilai, akhlak dan adab, Anwar menegaskan ia bukan saja memanfaatkan pelajar atau mahasiswa, bahkan berupaya melatih pemimpin untuk membugar sikap yang baik dalam memimpin sesebuah organisasi.

“Apa erti kepintaran, kemuliaan tanpa nilai, akhlak dan adab. Ia melatih pemimpin dunia yang korup, bodoh…. tidak ada kemahiran pendidikan tetapi rendah akal budi dan nilainya.

“Ini termasuk sistemik dalam semua bidang termasuk dalam bidang ketenteraan, beli senjata, rundingan, tender, komisen dan sebagainya. Ini semua ada kaitan dengan nilai dan akhlak.

“Jadi cabaran anak-anak adalah keterampilan, kebijaksanaan dan tentunya nilai. Sebab itu, kalau saya sering sebut dalam dialog dengan anak mahasiswa mengenai pendidikan, makrifah atau wisdom (kebijaksanaan) hanya dengan pemupukan nilai.

“(Ini kerana) Ada pengetahuan membawa kebaikan dan kerosakan. Kebijakan (berada) atas sekali selari dengan apa yang dikatakan oleh Saidina Ali, bukan saja memekarkan pengetahuan tapi kebijakan yang diperlukan,” katanya.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja