Simpanan KWSP RM80,000 lebur padah terpengaruh skim pelaburan cepat kaya

JASIN – Bekas setiausaha syarikat swasta
terpaksa berputih mata selepas wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah lebih RM80,000 lebur sekelip mata apabila menjadi mangsa terbaharu skim pelaburan dalam talian tidak wujud sejak Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, wanita berumur 50 tahun itu pada mulanya menekan pautan iklan di Facebook sebelum dihubungkan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, mangsa kemudian diarahkan membayar wang pendaftaran berjumlah RM1,235 dan dijanjikan keuntungan RM8,000.

‘Sistem itu kemudian menunjukkan wanita itu mendapat keuntungan kali pertama sebanyak RM8,000 membuatkannya yakin dan mahu menambah pelaburan bagi mendapatkan keuntungan lebih besar.

“Mangsa kemudian mengeluarkan simpanan KWSP miliknya dan memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank beberapa individu melibatkan jumlah keseluruhan RM82,175 sejak Julai lalu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahmad Jamil pesara swasta itu hanya menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan sebelum itu sebaliknya diarah membuat bayaran tambahan RM20,000 sebagai cukai.

“Ekoran itu, membuat laporan di Balai Polis Jasin dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya.

Secara purata, penduduk Melaka yang tamak termasuk mahukan pelaburan skim cepat kaya ditipu lebih RM200,000 sehari dengan angka terkumpul merekodkan lebih RM61 juta sejak Januari lalu sehingga 23 Oktober.

Mengikut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, jumlah terkumpul daripada mangsa scammer (sindiket penipuan) setakat tarikh itu berjumlah RM61,644,080.46 dan terus meningkat walaupun pelbagai program kesedaran dan amaran sudah dilakukan pihak berkuasa.

Jumlah penipuan meningkat sekitar lebih RM200,000 sehari apabila rekod pada tiga hari sebelumnya adalah RM61,073,897.07, RM61,200,957.07 dan RM61,424,860.12 melibatkan penipuan pelaburan, tawaran kerja kosong, pembelian barang dan percintaan dalam talian.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

SARATOK – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun disyaki terlibat dalam kes curi dalam rumah di Kampung Melango Lama, Saratok, pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan