Saya tidak pernah peduli dengan kecaman dan sindiran – Anwar

PADANG RENGAS – “Ini bukan soal politik, orang mahu kecam, maki, saya tidak sibuk hendak menjawab,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian selepas terdapat beberapa pihak yang melontarkan kata-kata berbaur sindiran terhadapnya kerana menggunakan perkataan seperti ketimbang sewaktu membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen baru-baru ini.

Ujarnya, ketika perbahasan, beliau tidak menyibukkan diri untuk kecam atau maki orang.

“Sekarang masa untuk bekerja. Sebab itu saya nasihatkan kawan-kawan semua parti, angkatlah nama dan martabat Malaysia.

“Gunakan kuasa yang ada. Buatlah kerja,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Padang Rengas di Dataran Arena Square Pekan Isnin, Padang Rengas, pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Tambah Anwar lagi, semasa Belanjawan, beliau pakai songkok senget sikit pun di marah, pakai baju Melayu dan capal pun tak kena.

“Kemudian saya guna istilah baru macam ketimbang pun dia tak faham. Sepatutnya, kita menjadi pemimpin perlu tingkatkan penguasaan bahasa.

“Dulu tiada perkataan alaf, saya gunakan. Dulu tiada perkataan mampan dan telus saya perkenalkan. Tidak popular perkataan kesenjangan, kita popularkan.

“Kita didik anak-anak supaya menggunakan bahasa (Melayu). Kalau nak ‘gaduh’ tunggu pilihan raya, ‘bergaduhlah’. Sekarang kita angkat martabat negara dan rakyat kita,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak khususnya pemimpin yang menyalah guna kuasa mereka demi kepentingan ‘poket’ mereka.

“Saya tidak akan tolak ansur dengan mana-mana pemimpin sekarang yang salah guna kuasa.

“Dia nak kayakan diri dia, nak curi duit, nak ambil kontrak saya akan lawan balik habis-habisan. Itu prinsip saya.

“Sekarang ini takdak kontrak melainkan tender, kalau nak runding, rundinglah, Kalau nak sakau tak boleh. Itu dasarnya,” tegasnya.

Sementara itu, berkaitan isu pengambilan gaji, Anwar menjelaskan bahawa beliau tiada masalah tidak mengambil gaji kerana masih menikmati elaun Ahli Parlimen serta kemudahan lain yang diberikan kepadanya sebagai Perdana Menteri.

“Saya tak ambil gaji sebab saya rasa dah berhempas pulas berjuang, masuk keluar penjara, kena terajang, maki hamun, fitnah dan diaibkan berpuluh tahun.

“Sekarang Allah takdirkan saya menjadi Perdana Menteri, maka saya buatlah sebaiknya, jangan fikir soal diri, tetapi fikir soal rakyat. Ini yang saya hendak saya utamakan,” jelasnya.

Related Posts

Pas tak perlu sapu semua kerusi di SG4, beri ruang kepada UMNO

KUALA LUMPUR – Pas wajar menyerahkan satu pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di empat negeri yang ditadbirnya kepada UMNO sekiranya kedua-dua parti itu serius mahu meneruskan kerjasama politik pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menggesa Pas supaya tidak terus menyalahkan DAP berhubung krisis pentadbiran di Negeri Sembilan, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan kemelut berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas tak perlu sapu semua kerusi di SG4, beri ruang kepada UMNO

Pas tak perlu sapu semua kerusi di SG4, beri ruang kepada UMNO

Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

Jerebu: Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup, dua daerah KL dibuka semula

Jerebu: Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup, dua daerah KL dibuka semula

‘Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race’ diperluas ke Kinabatangan tahun depan

  • By Fandi
  • October 11, 2026
‘Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race’ diperluas ke Kinabatangan tahun depan