Peluang Malaysia belajar urus bencana menerusi AMMDM

PUTRAJAYA – Malaysia berpeluang belajar pelbagai aspek pengurusan bencana dari negara Asean termasuk China, Jepun dan Korea, menerusi Mesyuarat Menteri-menteri Asean Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) kali ke-12 yang diadakan di Brunei, bermula semalam hingga esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai perkongsian dari negara berkenaan, amat bermanfaat kepada Malaysia walaupun negara tidak berhadapan dengan bencana besar seperti gempa bumi.

“Kita harus pelajari tentang pengurusan untuk menangani bencana terutamanya daripada Jepun dan China yang sering mengalami bencana sama ada banjir, salji, pergerakan cerun dan malapetaka alam yang lain.

“Ini yang harus kita pelajari bagi melengkapkan dari segi kesiapsiagaan (ini penting),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, pengalaman dari negara berkenaan juga, memberi kesedaran kepada Malaysia bahawa tidak hanya kudrat manusia diperlukan semasa bencana sebaliknya memerlukan peralatan moden, teknologi baharu serta sistem amaran awal.

“Kita telah laksanakan (peralatan moden, teknologi baharu serta sistem amaran awal) tetapi mereka lebih maju daripada kita,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia turut komited untuk mencontohi negara-negara berkenaan yang bersiap sedia lebih awal dan kemas, apabila ditimpa bencana.

Beliau turut berkongsi mengenai komitmen yang ditunjukkan oleh negara Asean, apabila Malaysia menawarkan untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) ke negara-negara Asean yang mengalami kesan bencana yang teruk.

“Semua negara Asean memperlihatkan komitmen masing-masing terhadap tawaran ini,” katanya.

Related Posts

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwa AI jejas peluang kerja tidak tepat

KUANTAN – Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak wajar dilihat sebagai ancaman yang menggugat peluang pekerjaan rakyat, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti industri negara. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman