Adeline Chang didenda RM7,000 buat kenyataan jelik di FB terhadap kanak-kanak

PUTRAJAYA – Pemilik Facebook ‘Adeline Chang’ didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini selepas mengaku bersalah memulakan penghantaran komunikasi jelik melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun melalui media sosial Mei lepas.

Chang Pei Yi, 24, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Berdasarkan pertuduhan, pada 30 Mei pukul 11 malam wanita itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar beserta teks dalam bahasa Mandarin yang mengandungi kata-kata kesat yang jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Hantaran itu dilihat pada 1 Jun lepas, kira-kira 8 pagi di MCMC Tower 1, Jalan Impact, di Cyberjaya.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan, Suruhjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati memuat naik sebarang kandungan melibatkan kanak-kanak.

Justeru, MCMC berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dengan salah laku berkenaan.

“MCMC mengingatkan masyarakat untuk sentiasa berwaspada sebelum memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

“MCMC akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam salah laku terhadap kanak-kanak,” katanya.

Pada 23 Jun lepas, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah merakam percakapan Chang susulan aduan diterima oleh pihak suruhanjaya terhadap pemilik akaun Facebook ‘Adeline Chang’ yang dipercayai memuat naik gambar seorang kanak-kanak berserta kapsyen bersifat jelik.

Related Posts

PM lancar Program Pembaharuan Teksi MADANI, sasar pendapatan pemandu RM7,000 sebulan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan pendapatan pemandu teksi meningkat sehingga RM7,000 sebulan menerusi Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. Anwar berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki kekal sebagai anggota Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sehingga 19 September 2027 berdasarkan pelantikan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’

Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’

Peniaga milikan tunggal, perkongsian layak nikmati diesel bersubsidi melalui SKDS

Peniaga milikan tunggal, perkongsian layak nikmati diesel bersubsidi melalui SKDS

PM lancar Program Pembaharuan Teksi MADANI, sasar pendapatan pemandu RM7,000 sebulan

PM lancar Program Pembaharuan Teksi MADANI, sasar pendapatan pemandu RM7,000 sebulan

Ekonomi Sabah melonjak 5.1 peratus pada 2025, KDNK cecah RM88.8 bilion

Ekonomi Sabah melonjak 5.1 peratus pada 2025, KDNK cecah RM88.8 bilion

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027