Malaysia kutuk serangan pengganas ke atas TAI, tiada rakyat Malaysia terlibat

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI) terletak 40 kilometer di utara Ankara.

Kejadian ini mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.

Dalam satu kenyataan Khamis, Kementerian Luar Malaysia, Wisma Putra, mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat akibat kejadian itu.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada Kerajaan Republik Türkiye dan keluarga mereka yang kehilangan nyawa, dan berharap mereka yang cedera segera sembuh.

Wisma Putra berkata, Kedutaan Malaysia di Ankara sedang memantau dengan teliti perkembangan kejadian itu.

“Semua rakyat Malaysia di Turkiye dinasihatkan supaya bertenang, berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Untuk bantuan konsular lanjut, rakyat Malaysia di Türkiye boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di +(90) 312 44635 47/48 semasa waktu pejabat atau +(90) 507 8128406 selepas waktu pejabat.

Sebagai alternatif, pertanyaan boleh dihantar melalui e-mel kepada mwankara@kln.gov.my untuk Kedutaan Malaysia di Ankara atau mwistanbul@kln.gov.my untuk Konsulat Jeneral di Istanbul.

Menurut laporan Agensi Anadolu, dua pengganas yang menyerang kemudahan TAI “ditewaskan” manakala lima orang terbunuh dan 22 cedera, kata seorang pegawai tertinggi tempatan pada petang Rabu.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan turut mengutuk serangan pengganas itu.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff