BRICS sahkan sokongan keanggotaan penuh negara Palestin dalam PBB, gesa gencatan senjata

SIDANG kemuncak ekonomi BRICS mengesahkan sokongan penuh terhadap negara Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menggesa agar gencatan senjata segera di Palestin, lapor WAFA.

“Kami (BRICS) menegaskan semula sokongan kami terhadap keanggotaan penuh negara Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam konteks komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada visi ‘penyelesaian dua negara’ berdasarkan undang-undang antarabangsa.

“Ia termasuk resolusi UNSC dan UNGA yang berkaitan dan Inisiatif Keamanan Arab yang merangkumi penubuhan Negara Palestin yang berdaulat, merdeka dan berdaya maju sejajar dengan sempadan yang diiktiraf antarabangsa pada Jun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya yang hidup berdampingan dalam keamanan dan keselamatan bersama Israel,” isi kandungan Deklarasi Kazan.

Para pemimpin yang mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu mengulangi kebimbangan besar mereka terhadap kemerosotan keadaan dan krisis kemanusiaan di Palestin, khususnya peningkatan keganasan yang belum pernah berlaku sebelum ini di Semenanjung Gaza dan di Tebing Barat akibat serangan tentera rejim Israel, yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai dan kecederaan orang awam, pemindahan paksa dan kemusnahan infrastruktur awam.

BRICS menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata dengan kadar segera, komprehensif dan kekal di Semenanjung Gaza dan bekalan bantuan kemanusiaan dapat dibawa masuk tanpa halangan di Semenanjung Gaza, sambil mengecam serangan Israel terhadap operasi kemanusiaan, kemudahan, kakitangan dan tempat pengedaran bantuan.

BRICS turut mengalu-alukan usaha berterusan oleh Republik Arab Mesir, Negara Qatar, usaha serantau dan antarabangsa lain untuk mencapai gencatan senjata segera, mempercepatkan penyampaian bantuan kemanusiaan dan pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza.

Sidang terbabit turut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan lanjut konflik di Semenanjung Gaza yang mencetuskan ketegangan, ekstremisme dan persepsi negatif di peringkat serantau dan global, sambil mengakui langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam prosiding undang-undang yang dimulakan oleh Afrika Selatan terhadap Israel.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

  • By Fandi
  • October 6, 2026
OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa