Hizbullah lancarkan roket, sasar pangkalan tentera Israel

BEIRUT – Kumpulan Hizbullah Lubnan telah melancarkan serangan roket ke arah pangkalan tentera Glilot yang menempatkan Unit 8200 Perisikan rejim Israel, berhampiran Tel Aviv, Israel tengah, lapor Anadolu.

Hizbullah turut mengumumkan bahawa mereka telah menembak lebih banyak roket ke arah bandar dan kawasan di utara Israel sekaligus telah mengaktifkan siren amaran di bandar-bandar berdekatan.

Media Israel, termasuk laman web berita Ynet, melaporkan kerosakan material akibat serpihan roket yang jatuh di bandar Herzliya di tengah Israel.

Susulan serangan tersebut, rejim Israel dalam satu kenyataan turut mengesahkan bahawa 25 buah roket pejuang menuju ke arah utara Israel disasarkan dari Lubnan dalam masa dua minit telah dikesan pada Rabu.

Susulan serangan balas Lubnan itu, siren amaran dibunyikan di melibatkan beberapa penempatan di Teluk Haifa, Acre, dan penempatan Kiryat Shmona dan Metula, utara Israel.

Serangan roket itu disahkan oleh rejim Israel mengesan 25 buah roket dari Lubnan menuju ke arah utara Israel dalam masa dua minit, pada Rabu.

Kenyataan tentera berkata, siren serangan udara dibunyikan di Teluk Haifa, Acre, dan penempatan Kiryat Shmona dan Metula di utara Israel.

Tentera berkata, serangan roket itu dilepaskan hanya dalam masa dua minit, dengan kebanyakan peluru dipintas manakala yang lain jatuh di kawasan lapang.

Sejak bermulanya serangan Israel keatas Lubnan pada Oktober tahun lalu, sekurang-kurangnya 2,546 orang telah terbunuh manakala 11,860 yang lain cedera dan perlu segera dirawat.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak