7 gadis Vietnam diselamat jadi hamba seks ‘Kapten Bangla’

SERAMAI tujuh wanita warga Vietnam yang menjadi pekerja seks diselamatkan Jabatan Imigresen (JIM) yang melakukan satu operasi membanteras pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di Klang, Selangor.

JIM dalam kenyataan berkata, kesemua tujuh wanita itu berusia antara 32 hingga 45 tahun ditemui di sebuah premis rumah kedai dua tingkat, pada Isnin lalu.

“Berdasarkan maklumat aduan, tujuh wanita itu dilaporkan telah dikurung di premis tersebut dan dipukul jika enggan melayani pelanggan.

“Kesemua wanita itu masuk sebagai pelancong tetapi dipaksa dan dieksploitasi sebagai pekerja seks di premis tersebut.

“Premis ini dikawal ketat oleh ‘kapten’ yang merupakan warga Bangladesh dengan dipantau sepanjang masa melalui kamera litar tertutup (CCTV),” menurut kenyataan itu, hari ini.

Ketika pemeriksaan dijalankan, anggota JIM terpaksa memecahkan pintu utama kerana penjaga premis atau ‘kapten’ itu enggan bekerjasama.

Mereka cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat dua bangunan itu, tetapi berjaya ditahan.

Hasil siasatan, JIM menjelaskan, kesemua pasport wanita itu dipegang oleh individu dipercayai ejen yang menawarkan pekerjaan kepada mereka.

“Mereka hanya dibayar RM60 bagi setiap pelanggan dan pergerakan dikawal ketat, termasuk larangan keluar untuk membeli makanan dan barang keperluan,” katanya.

JIM berkata, semua yang ditahan akan disiasat atas kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 [Akta 670].

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali