Sarawak mahu fokus ekonomi berteraskan air – Abang Johari

KUCHING – Sarawak mahu memperkukuh ekonomi berteraskan air serta memberi tumpuan kepada pengurusan air yang lebih mampan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengurusan air menjadi kunci kepada pembangunan negeri.

“Pengurusan air yang efisien boleh membuka peluang kepada sumber tenaga hidroelektrik yang lebih besar,” ujar beliau.

Tambah beliau, terdapat dua jenis air iaitu air segar dan air buangan yang memerlukan aspek pengurusan air yang betul.

“Sebab itu, dari segi aspek pengurusan, kita hendak mengenal pasti beberapa teknologi teknologi.

“Air segar dapat digunakan kita untuk minum. Jika bekalan air ini besar, sudah tentu dapat membekalkan tenaga hidroelektrik,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidah media selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Air dan Air Buangan Antarabangsa Borneo (BIWWEC) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Sementara itu, Abang Johari menegaskan kepentingan kitar semula air buangan yang merupakan sebahagian daripada pengurusan air yang efisien.

“Air buangan dapat dirawat dan digunakan untuk keperluan sekali gus menjadi ekonomi air sebagai kitaran yang mampan,” ujar beliau lagi.

Related Posts

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC