Mana semak dan imbang, kenapa tiada belanjawan alternatif dari pembangkang?

PUTRAJAYA – Angkatan Muda Harapan mempersoalkan sikap pembangkang yang sehingga kini masih gagal mengemukakan belanjawan alternatif meskipun perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat sudah memasuki hari kelima hari ini.

Ketua Penerangannya, Ammar Atan berkata, kegagalan pembangkang itu bukan sahaja memperlihatkan kelemahan dalam memahami permasalahan negara, malah turut disertai dengan prestasi kehadiran yang bermasalah ketika persidangan Parlimen berlangsung.

Tegasnya, ketidakhadiran Ahli Parlimen pembangkang dalam sidang-sidang penting memperlihatkan sikap tidak serius Perikatan Nasional (PN) dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Perbezaan ketara dapat dilihat apabila membandingkan keadaan semasa dengan ketika Pakatan Harapan (PH) berperanan sebagai pembangkang dahulu.

“Pakatan Harapan tidak hanya memberi kritikan, tetapi turut menawarkan polisi-polisi yang jelas dan cadangan alternatif yang konkrit, bersedia untuk memimpin bila-bila masa sekiranya diberi mandat,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, Ammar menggesa pembangkang supaya lebih bertanggungjawab dalam menjalankan peranan mereka dan kehadiran yang lemah di Parlimen.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah menegaskan PN tidak seharusnya sekadar berteriak di Dewan Rakyat tanpa cadangan konkrit kerana ia tidak akan membawa manfaat kepada rakyat.

“Mereka perlu tampil dengan solusi yang lebih baik dan relevan demi memajukan negara.

“Setakat ini, apa yang kita saksikan hanyalah kegagalan demi kegagalan mereka untuk menawarkan alternatif yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, anggaran perbelanjaan menerusi belanjawan alternatif merupakan kaedah buat pembangkang bagi melaksana semak dan imbang terhadap belanjawan yang diusahakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Related Posts

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

PUTRAJAYA -Undang-undang baharu yang bakal diwujudkan bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak akan menyekat hak pelajar serta mahasiswa. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

PUTRAJAYA – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mencadangkan kerajaan menggubal Akta Sabotaj Ekonomi Negara (ASEN) bagi menangani salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan tatakelola yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA