JBPM Sabah rekod 33 panggilan kecemasan pokok tumbang

KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima 33 panggilan kecemasan berkenaan pokok tumbang bagi tempoh lima hari sejak Jumaat hingga awal pagi Rabu.

Pemangku Pengarah JBPM Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, sebanyak tujuh panggilan kes kecemasan itu dibuat di daerah Kota Belud, diikuti lima kes di Tuaran dan empat kes di Putatan.

“Kita juga menerima tiga panggilan kecemasan masing-masing di Kunak dan Penampang, selain dua kes masing-masing di keningau dan Papar.

“Hanya satu kes membabitkan daerah Tambunan, Sandakan, Beluran, Tawau, Kuala Penyu, Kota Kinabalu dan Kudat yang menjadikan jumlah keseluruhan panggilan itu di negeri ini sebanyak 33 kes,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau menasihati agar masyarakat di negeri ini sentiasa bersiap sedia menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu yang boleh mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang akibat hujan lebat serta ribut petir.

Sementara itu, Jabatan Metereologi Malaysia pada Rabu kira-kira pukul 8 pagi tadi mengeluarkan amaran Hujan Berterusan (Waspada) di beberapa kawasan di Sabah yang dijangka berlaku sehingga Jumaat ini iaitu Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan (pedalaman), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat serta di Wilayah Persekutuan Labuan.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor