Penuntut UiTM maut selepas rebah tiba-tiba

SEORANG penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Kampus Puncak Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan pelajar semester satu itu jam 10.13 malam.

“Kejadian dimaklumkan berlaku sekitar pukul 5 petang. Waktu itu pelajar berkenaan secara tiba-tiba rebah di dalam Fakulti Perhotelan.

“Beliau disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital UiTM Puncak Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata, siasatan diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

Sementara itu, satu tabung derma kilat buat Allahyarham Muhammad Faiz Mohd Sazali, 20, dilancarkan oleh Bachelor in Office System Society (BOSS) UiTM Puncak Alam untuk disumbangkan kepada keluarga arwah.

Dalam satu hantaran di media sosial, memaklumkan tabung itu akan dibuka selama tiga hari bermula hari ini hingga lusa.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 156020233689 di atas nama Nor Afni Md Sari yang merupakan penasihat BOSS.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP